27 January 2012

Lone ranger.


Korang pernah rasa jadi Lone ranger ? macam mana ? best ?

Tidur bertemankan mobil buruk di sebelah  , menantikan getaran vibrate mahupun nada dering.

Mandi dulunya sentiasa bergema bilik air dengan lalakan sumbang sendiri , sekarang dah senyap sunyi je. Kedengaran cuma desiran air perlahan - lahan mengalir.

Makan dulunya dua tiga pinggan sekarang , sepingggan pun tak dapat aku licinkan. lebih banyak termenung mengira sebutir-sebutir nasi di atas pinggan.

Walau aku terkadang sendiri , aku masih tak lupa untuk tersenyum menantikan getaran vibrate mahupun nada dering pada mobil buruk aku , menanti semua itu buat aku tersenyum meniti hari.

Anggapan ku indah , walau terkadang aku rasa sendiri. Aku bermain dalam ruang kubik yang aku cipta dan bina sendiri.

Senyum sendiri tatkala aku bersendirian , seperti anak kecil yang gembira bermain bersama mainan kecilnya. dan dibiar sendiri bilamana orang tuanya pergi membanting tulang.

Aku terus tersenyum , walau aku tahu aku sendiri.

yang benar dan konon-konon kuat .
-Lone ranger-


p.s : Video di atas tiada kena mengena dengan tajuk , cuma aku sangat tersentuh cara penyampaian Sam tsui, penghayatan yang sangat mendalam. Dengan mimik mukanya seolah-olah dia menjalani perih itu. Dan aku tak sedar aku gembeng. haha. ;)

No comments:

All time ;