27 January 2012

Senyumlah , jangan bersedih. (:


Pertama-tamanya , jangan tangkap leleh dengar ini luahan . Ini bukan luahan sebenarnya , bukan pinta simpati. Bukan apa-apa cuma menyatakan apa yang dirasa.

Eh , awak ketahuilah wak , bahawa saya sentiasa tersenyum di sini kalau tahu awak di sana tersenyum. Bahagia ditemani gelak ketawa dalam dunia awak.

Saya senyum wak. Tak tipu punya . macam ni . ngeeeeeeeeee :DD

Awak , ketahuilah wak , bahawa saya nak sangat menangis , berkongsi kesedihan awak di sana jika awak rasa sayu dan hiba . Tapi apa daya saya ,.

Saya sedih wak kalau awak sedih . Tak tipu punya . saya tak kuat macam powel lenjes mahupun deragon ball naik awan guling. ;(

Tapi saya bahagia jika awak bahagia , saya senyum saat awak senyum. macam ni ngeeeeeeeeee. :DD

Tatkala awak keluar bersuka ria dengan kawan-kawan awak , saya dekat sini berharap yang awak akan nikmati hari awak dengan bahagia dan gembiranya tanpa risaukan tentang saya , sebab saya gembira kalau awak gembira. macam ni ngeeeeeeeeee :DD

Dulu ada lah jugak momo dengan momoii gigit-gigit tangan saya kalau awak sibuk dengan hari awak , diaorang bermanja - manja dengan saya , diaorang tahu saya tak pernah sunyi. Sekarang diaorang dah tiada . Dah jadi arwah dah , tinggal "banglo" diaorang je. :(

Mujur ada dua ekor kura-kura kat luar tu yang saya boleh bagi dia makan kangkung. Hilang sikit rasa sunyi saya , dan boleh saya terus ukir senyuman untuk tidak rasa sunyi.

Kadang - kadang , saya cemburu sangat bila awak dapat tengok wayang dulu , saya dekat sini rasa macam nak siap - siap terus nak pergi tengok wayang. Tapi awak jauh. Lama sangat dah saya tak tengok wayang. Kan best kalau dapat tengok wayang . Sampai saya rasa teringin nak tengok wayang sorang - sorang.#foreveralone.jpg

Bila saya menyanyi , dengan penuh perasaan. Awak cuma termenung fikirkan benda lain , tanpa cuba tengok sket pun riak wajah saya yang nyanyi penuh perasaan , tapi takpelah. Saya mungkin layak nyanyi sorang - sorang je dalam bilik air. Tapi saya tetap tersenyum sebab saya tahu suara saya tak sedap , ngeeeeeeeeeee :DD

Senyumlah , jangan sedih , sebab awak pun tahu yang saya dekat sini sentiasa tersenyum untuk awak. dan awak beruntung miliku "dunia" yang saya tak berpeluang miliki. Awak tak kejam , cuma saya yang kejam. Kejam sebab tak pernah nak memahami awak.

Saya noktahkan di sini. Sekasih.


p.s : Dunia sentiasa berubah - ubah , begitu juga manusia. (:

No comments:

All time ;