13 April 2013

Malam suram.


Kini berlayaran seorang musafir.
Mencari nur di baris- baris gigi air.

Pada Malam gelap.
Bersama, temanan ombak menyapa-yapa.
Firasat.

Tragis

Arah ini membawa.
Tanpa arah.

Nyatanya aku sesat.
Sesat ini, melemaskan aku.

Pendayung makin rapuh.
Rapuh antara ilusi dan nyata.

Senyap. 
Sebentar.

Sebentar.

Sepertinya, aku hilang pendayung yang sebelah lagi.

Yang biasa temani malam aku.
temani suram aku.

Terus aku tenggelam tanpa kata.
tanpa fikir.

Kini aku null. Kosong.

Bulan pun suram.
Kuningnya bukan warna palette lagi.

Dan aku.
Aku terus termenung.

Sehingga tak terjejak kan awan.
Yang nyata itu ilusi.

Malam ini suram
Suram sangat.


12 April 2013

Rasa Dekat.



p.s : Lagu ni buat aku rasa dekat, dekat sangat pada PenCIPTA di ATAS SANA. :')

Kau tahu bagaimana rasanya ?


Kau tahu bagaimana rasanya tangisi sebuah kekecewaan di malam hari ?
Tanpa kenal erti lena, Berkawan dengan sendu. Syahdu.
Kau tahu bagaimana rasanya ?

Perih.
Jerih.
Pedih.

Kau tahu bagaimana rasanya menangisi sebuah penderitaan bertemankan bantal busuk kau ?
Tanpa kenal erti rasa penat, lelah. Sadis.

Kau tahu bagaimana rasanya ?

Kau takkan rasa, sebab aku takkan biar kau rasa. :)

09 March 2013

Hiatus.


Hiatus. Kompleks bunyinya. Tapi dalam maksudnya. Ya, dalam.

Omputih cakap Taking a break. Ye, aku sedang ingin taking a break. A long one. Yes, Hiatus means a long one. Dan tambahan di belakang a long one adalah to be determined if it will be continued.

Sebelum itu, pesanan akhir. Atau lebih kepada "maafkan" saya.

Maafkan saya, kerana tidak dapat jadi seperti yang awak mahu.
Maafkan saya, kerana saya tidak putus-putus buat awak terasa.
Maafkan saya, kerana saya tak pernah berhenti jadi bebal.
Maafkan saya, hanya kerana saya seorang yang suka cemburu.
Maafkan saya, bukan saya yang berada bersama awak untuk lihat kejayaan awak meraih kemenangan.
Maafkan saya, bukan saya yang pegang, buatkan banner, banting untuk beri semangat pada awak.
Maafkan saya, saya tak mampu sediakan "wardrobe" yang sesuai untuk awak.
Maafkan saya, sebab terlalu sibuk.
Maafkan saya, maafkan saya, saya perlu kuat untuk jalani ini semua.
Maafkan saya , kerana saya tak mampu jadi kuat semasa menaip ini. Cengeng mungkin.

Sebelum noktah dititik. Saya bangga dengan awak. Saya gembira lihat awak gembira, Saya tersenyum lihat awak tersenyum, saya seronok lihat awak seronok. Walau hanya daripada jauh. ;-)




"Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty.."

Hiatus. Noktah

Tempias.


Along nak naik pelamin. Aku pulak yang nebes. Tahnniah Along. Proud of you. :)



Gambar Maybi ni takde kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah 'tiada', Mahupun urusan Perkahwinan along aku nanti. Masih belum hilang semangat aku untuk memiliki satu ini. insya ALLAH. :)

Rhythm dan Gitar.


Beralunan gemersik, satu - persatu tali halus gitar dibelai penuh rasa asyik.
Iramanya penuh bersatu padu, padat dengan segala kenangan melankolik.

Dengung nya, menginzalkan telinga yang mendengar. Pegun.

Mangli sudah angin yang kerap ulang alik. Curi - curi dengar bunyi dengung.

Namun yang tinggal sekarang hanya kord - kord di dalam satu kertas usang.
Tertulis...

Aku rindukan Rhythm yang pernah string-string halus getarkan.

Yang Benar,
Gitar.


Nota Kaki : saja aku pilih lagu hazama yang satu ini. Suka aku akan konsep Noir nya.

All time ;