22 December 2010

duri itu tajam,lihat itu tumpol.


lihat itu duri.
hati aku lari lari.
tercucuk-cucuk bagai duri.
makin hari mood aku makin lari.

lihat itu tumpol.
pensil itu tajam di depan.
aku masih kata itu tumpol.
fikiran aku lari lapan.

bahagi lapan.
darab lapan
tambah lapan
tolak lapan
persamaan hati aku reput macam papan

lihat itu serampang empat mata.
aku cuba kalis bila lihat di sekeliling.
sayang semua bayang semata
cuba kalis,sumpah.mulut keling.

lihat itu dua tangan sedang berpimpin,
cuba aku kalis api macam tiada apa-apa.
tapi hati aku tak dapat lagi dipimpin.
memberontak,bentak macam tiada apa-apa.

kosong.
pesong.
losong.
lohong.

lohong itu tajam ?
tiada logik.
kosong itu tumpol ?
tiada logik.

berdiri aku lemah.
cuba jadi gagah.
aku bukan pelakon yang berhemah,
berlakon di setiap babak hidup yang tidak gah.

aku cuba lihat cermin.
atas,bawah,atas,bawah.
kiri,kanan,kiri,kanan.
aku sedar,aku masih aku.

terkaku bagai paku.
kosong bagai saku.
niat aku cuma satu.
aku mahu macam "mereka" itu.

mereka rasa bahagia.!
mereka  rasa gembira.!
mereka rasa sedih!
mereka rasa pedih.!

mahu saja aku teriak seperti orang gila.
berlari berkejaran mengejar yang tak pasti,
tapi langkah kaki aku penat,mematikan segala.
sebab benak aku tahu,semua itu belum pasti.

pasti untuk aku dakap.
pasti untuk aku cakap.
pasti untuk aku singkap.
pasti untuk melengkap.

jadi biarlah sahaja.
biarlah sahaja.
masa itu jadi penentu segala.
YANG ESA tahu segala-gala.

p.s ; kosong.

6 comments:

H.A.N.Y said...

nice,,buat sndri ke?;)

nizam aziz said...

yup.malam2 macam nie best mengarang sambil dengar lagu.thanks HD yang ayu ! :)

H.A.N.Y said...

mcm mane dapat idea?aja sket.nak blaja laa.*xmemain.heheheimi

nizam aziz said...

macam mana dapat idea heh ? hd kene banyak membaca.then sekeliling banyak membantu.i mean the mood.the surround..dan paling penting.tulis ikot hati.logik tak logik belakang cerita.dan paling penting yakin dengan apa yang kita tulis ok. :D

H.A.N.Y said...

thanx mentor.hahah

nizam aziz said...

takde hal lah mentee..hahah

All time ;