21 October 2011

Memori nenda.


Semalam , hampir terjegil keluar biji mata aku , aku kutip satu persatu. Hampir Hilang kewarasan dengan apa yang dibilang mak pada aku.

"Angah , Tok dah takde lagi"

Apa.. Sekeliling jadi kosong sebentar , gelap , kusam , sunyi , luntur macam tiada warna.

Dan terngiang - ngiang pada telinga aku ni. Suara seorang nenek yang mahu cucu nya berjaya dan bahagia.

"Ye , nanti adik dah kerja , dah banyak duit adik beli lah kereta , adik kahwin lah. Tok nak sangat ada cucu , Tok nak sangat jalan - jalan naik kereta"

Aku terus terpaku , aku ambil sebatang pensel , dan aku calitkan pada tarikh 20 . 10 . 2011. Tarikh di mana nenda yang tersayang pergi bersama memori dan kenangan semalam.

Tok enon , adik sayang tok. Tok tenang lah di sana ea. Adik di sini tetap akan terus perjuangkan apa yang tok mahu adik buat ye ?

Al-Fatihah buat nenda tercinta , Fatimah Binti Mahmmod.

Aku sayang dia . Dan aku tak sedar aku sedang menangis sekarang. Tak kental. Rapuh. Gugur satu persatu Bom tangisan dalam medan  peperangan air mata ini.

No comments:

All time ;