21 October 2011

Biarlah , aku tetap aku. Aku tahu dia sayang aku.


Aku tahu dia sedang renung aku , walau pandangan mata dia ke hadapan. Aku tahu dia sedang renung aku.

Sambil memerhati setiap satu apa yang ada di hadapannya , dia cuba mengalihkan pandangan aku bersama - samanya. Aku lihat dia , dia lihat aku. Kami terpaku bersama.

Dia tanya aku kenapa , aku tanya dia yang kenapa. Dia senyap sahaja , sedangkan aku tak beli pun Plaster untuk tutup mulutnya , telinganya , hidungnya. semuanya.

Dia diamm sahajaa..

Aku beritahu dia , aku sayang dia . Dia angguk.
Aku beritahu dia , aku rindu dia. Dia senyum.
Aku beritahu dia , aku mana marah dia . Dia cakap tiada apa - apa lah.
Aku beritahu dia , aku nak ke tandas . Dia cakap , pergilah.

Dia terus terdiam. Aku lihat lampu Jalan tepi - tepi semua bagai neon terbang - terbang. Jakun aku mahu tunjuk satu persatu , biar hati dia terhibur.

Dia tetap diam..mikir aku jadi buntu , apa sedang bermain dalam kepalanya yang satu itu.

Aku pandang tiang di seberang sana. Sambil main jeling - jeling dengan dia. Dalam hati aku..

Kalau kau tanya aku tentang cemburu , eh tak , mana ada aku cemburu. Aku cool , tapi cool macam bab* , Dalam hati panas mengelegak.

Kalau kau tanya aku tentang perasaan , meh sini aku bisik pada telinga kau.

Bangangnya aku , kau tetap sayang aku.
Bebalnya aku , kau tetap kasih aku.
Naifnya aku , kau tetap jadi pelurus bagi aku.
Bengongnya aku , kau tetap rindu aku.
Gilanya aku , kau tetap tahan dengan aku.
Bodohnya aku , kau tetap cinta aku.
Cemburunya aku , kau tetap biar aku terus cemburu.

Mungkin saja kau nak uji aku. Kuatkan lagi kematangan yang belum matang ini.

Aku tersenyum , lepas tu aku ketawa. Dia tanya kenapa ? aku cakap tiada apa - apa. 

Aku terus tersenyum dan ketawa.
Dia terus diam bersama Seribu satu persoalan.

Tiang di hadapan ku terus tersenyum melihat aku bercakap sorang - sorang , bukan bisik pada jantung hati di hadapan.

Biarlah , aku tetap aku. Aku tahu dia sayang aku.

"Bodohnya aku , kau tetap cinta aku"


Untuk Chenta hati yang tak pernah berhenti cinta aku , walau tahu aku bebal. 

No comments:

All time ;