07 February 2011

Baik , aku pilih yang cantik.

Aku Jeling tajam jam di tangan , Eh warna putih. Sedar tidak aku Pakai G-Shock aku yang lain hari ini. G- Shock Purple kesayangan aku , ditinggalkan sahaja bermain dengan waktu di rumah. Mungkin terpekik terlolong jika aku lupa, yang aku set kan alarm padanya. Ah , Biar sahaja. Balik nanti aku akan tutupkan.

Antara G-Shock Putih aku dan Yang purple. Aku pilih yang purple. Sebab ia Baru dan cantik lagi.
G-Shock putih ini terkadang sahaja aku sarungkan bila rasa ingin. Keutamaan penuh diberi pada G-Shock Purple.

Kenapa G-Shock Purple jadi keutamaan ? konon - konon nyawa.

Jangan tertanya ,
Baik, mari sini aku jelaskan.

Baik begini , G-Shock itu mahu sahaja aku umpamakan dengan kehidupan yang tak seberapa ini. Kehidupan pinjaman PENCIPTA di atas sana.

Jika diletakkan yang Cantik dengan yang Kurang cantik . Mana anda pilih ? Pasti yang cantik tidak ? paling- paling terpekik hati mahu - semahunya si cantik . Namun sedarkah kita akan diri ? Sudah cukup cermin diri ? Retak tidak cermin itu ?

Aku mahu ubah perspektif . Biarpun ia subjektif bagi minoriti tetapi majoriti masih berkantakan Kanta kabur. Dikaburi Kecantikan , Keunggulan. Sedar Tidak yang kurang cantik terkadang tinggi kualitinya Daripada yang cantik ?

Mungkin luaran , Kurang cantik. Kualiti sifat lahiriah yang kurang , dalam ? siapa tahu ?

Jangan serkap jarang.
Jangan tembak rambang.
Jangan termenung sampai berjambang.
Cukup sudah turun naik si bulan mengambang.

Baik , aku pilih yang cantik. ? Ah , persetankan itu semua.


Jika diletakkan sederet selari tiga tin air minuman . dua cantik , menarik , unik , Yang satu kurang menarik , kurang cantik dan kurang unik. Aku tetap pilih yang satu. Bukan Cantik , kurang cantik jadi ukuran, Tetapi kerana di dalamnya penuh berisi. Penuh pengisian untuk dihayati . Bukan yang dua tadi , Cantik tetapi dalamnya kosong, Tiada apa - apa .

"Aku malas nak samakan dengan manusia , aku bukan hebat mana pun. sama sahaja. lari depan belakang keliling - keliling situ juga tiba."



p.s : ah , makin hari , makin lari mood. !

No comments:

All time ;