06 February 2011

Awak terlalu baik , saya jahat.

Angin malam itu sepoi - sepoi bahasa sahaja.
iya , tak ubah macam dalam filem "kala malam bulan mengambang" , Konon kalau ada bulan pun tak ubah macam dalam filem noir, Mamat Khalid paling tidak filem Idola yang aku sanjung - sanjung tinggi Allahyarham Tan Sri P Ramlee , Bagi aku beliau Hebat , Maha hebat. Mana kan tidak.

Olahan kata - katanya yang di "convert" kan dalam sekeping kertas cukup bijak . Mungkin sama tidak dengan Albert Einstein. Paling paling aku angkatnya sebagai perkara yang genius.

Susunan Melodi - melodi yang di "alun" kan dalam setiap lagunya. Mendayu - dayu . Kalau duduk berpasangan dengan Marka tepi pantai pasti tambah Mood "Bercengkerama". Ah , cukup cemburu aku bila berbicara tentang pasangan.


"Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan
"

Tapi lupakan perkara di atas .

Taipan ini bukan pasal Allahyarham Tan Sri P Ramlee , mahupun Mamat Khalid mahupun Si Ali yang selalu Tarik teh dekat kedai mamak hujung simpang rumah aku tuh.

Baik , ia bermula begini.

Bertemu si Uda dan Dara bertemankan limpahan lampu semula jadi, Iaitu Bulan. Si Uda cuba duduk rapat seperti mana biasa dilakukan pasangan yang sedang panas bercinta. 

Si Uda lihat si Dara atas bawah , Si Dara kelihatan murung sahaja. Seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Si Uda seraya itu membuka mulut cuba berkata - kata , jadi tidaklah suasana seribu satu bisu. Macam filem bisu Charlie Chaplin.

Uda : Awak , Kenapa wajah awak muram sahaja ?
Dara : Hurmm , Tak ada apa - apa lah.
Uda : Betol tiada sembunyikan apa - apa ?
Dara : Tidak betol. *nada sedih* , Sebenarnya saya ada benda saya nak beritahu awak.
Uda : Ya, apa dia ?
Dara : Awak sayang saya tidak ? tolong jujur ya. ?
Uda : Mestilah saya sayang awak , sayang sangat - sangat. kenapa awak ?
Dara : Sebenarnya , saya..
Uda : Sebenarnya apa ?
Dara : Sebenarnya saya dah lama curang di belakang awak...
Uda : Apa !!?
 
*Si uda melopong , kalau lalat itu bisa terbang di malam hari , sudah lama hinggap di mulot si uda*

Dara : Maaf , saya sudah lama ingin beritahu perkara ini. Saya sebenarnya tidak ada langsung perasaan terhadap awak. sedikit pun tidak.
Uda : Jadi , kenapa awak terima cinta saya ?
Dara : Kerana saya terpaksa dan maaf sekali lagi. AWAK TERLALU BAIK ,SAYA JAHAT.
Uda : ................................ *Mengalir Air mata*

Jika Bisa Si Uda Kibarkan bendera putih daripada mula , Pasti bendera putih itu tidak tercalit kesan darah daripada hatinya yang ditusuk "pisau" si dara.

Kalau Bisa si Dara berterus terang tanpa sedikit selindung , biarpun susah ingin diperkatakan , Tak perlu tulisnya di atas kertas putih , tak perlu simpan dalam hati bila mana ia mampu rosakkan "Hati" seseorang. Luahkan sahaja . tak perlu berlanjutan lama lagi . Pasti terbuka juga nanti pintu hitam yang Di simpan nya.

Jangan sedih dengan cerita ini . Ia realiti dunia . Jangan Hiba dengan cerita ini , Ia Mainan Dunia.

Si Dara mula pergi tanpa sebarang kata. Mahupun sebarang senyuman akhir.

Si uda bingkas bangun , Hatinya patah seribu. Seribu ? lebih daripada itu agaknya. Si Uda berlalu pergi. Digenggamnya erat Sebentuk cincin . Baru dibeli sempena Ulang Tahun hari perkasihan mereka. Tanpa toleh kiri dan kanan Si uda itu terus bergerak tanpa arah tuju. Jalan nya seperti ketam , tiada stabil . seperti tiada graviti memegangnya. Duktus mata terus memainkan peranan.

Dan.......

"DUUUUUUUUUUMMMMMMMMMMM"

Terbaring sekujur jasad dengan separuh nyawa . Penuh Darah , bagaikan lakonan . Namun tidak ini realiti. Realiti Dunia. Masanya Si uda Benar - benar pergi. Pergi Selamanya. Pergi daripada permainan cinta. Pergi daripada permainan dunia . Pergi bertemu Si "PEMBUAT" . 

" Jika kertas putih itu susah untuk letakkan mata pensel di atasnya . biarkan , Jika tersasar jauh mainan minda meneka seperkara , biarkan. Jika jatuh hati , suka ,jangan biarkan. Cakap nya dalam hati kuat - kuat , biar hati yang lain sukar mendengarnya. Paling - paling bila cakap dalam hati sendiri kuat - kuat , naluri akan tahu , Tahu kesungguhan anda."


p.s : Ditaip dalam keadaan yang Lalok. -.-

No comments:

All time ;