20 April 2012

Resah gelisah.


Makin lama, makin aku dihiruk dan pikuk oleh resah mahupun gelisah. Hari-hari ada sahaja berita gembira tentang sahabat handai yang dapat peluang kerja bagai, dan antara mereka dah bekerja dengan jayanya. 

Ada yang sambung belajar dengan jayanya.

Aku tak cemburu, malah lagi gembira untuk mereka. Serius aku gembira sebab mereka dah maju setapak dan ada yang dah bertapak-tapak maju dalam hidup mereka. 

Aku masih belum mulakan langkah walau setapak.

Sedangkan aku ? Masih disini. Nak kata malas, sana-sini aku dah cuba. Serius aku dah makin rasa terhimpit oleh masa. 

Tapi takde lah sampai nak membunuh diri sendiri. Itu kejam namanya, dan itu namanya tak bersyukur.

Aku takkan berputus asa. walau asa itu hampir putus.

Ya Allah, permudahkanlah semua urusan hambu mu ni Ya Allah. Amin..

No comments:

All time ;