20 April 2012

Cermin itu.

Salam.

Tadi kebetulan aku pergi depan cermin dekat atas meja aku. Takdelah besar sangat cermin tu. Tambahan dah patah cermin tu. Saiznya sebesar dan sekecil alam. Faham ? jadi aku tak dapat anggarkan saiznya.

Aku perhatikan diri aku atas bawah perlahan-lahan. Padahal aku memang takkan nampak atas ke bawah, bawah dan ke atas. Sebab saiz cermin aku tu terlalu "besar".

Suara fantom datang berbisik-bisik. Metafora berkait-kait lekit. Lekitkan telinga aku dengan suara-suara sumbang. Aku tumpas dengan suara sumbang itu, lalu berkata aku dalam sudut hati.

Bila aku nak menangis , aku rasa diri aku akan menangis.
Bila aku nak tersenyum . aku rasa diri aku akan tersenyum.
Bila aku rasa pahit , aku pergi peti ais amek kopi dan minum.
Bila aku rasa manis , aku pergi geledah gobok dekat dapur aku telan gula.

Bila rasa rindu. Otak aku rasa kosong, yang ada cuma dia. Ahhhh. Aku tak boleh tipu diri aku. Lagipun aku tak suka menipu. sunat pun belum tentu. Jadi benar aku rindu dia. Cuma entah, adakah dia rindu aku seperti aku rindu dia ? 

haa , kan dah keluar ayat sembilu filem Awie tu. Kental manapun hati seorang jate, ada lembutnya di satu sudut. Percayalah kata aku. 

Bagi teman perempuan yang sering cakap pakwe mereka jiwang. Elakkan daripada terus cakap begitu. Risau pakwe anda tak mampu jadi Awie lagi lepas tu. Lepas tu korang akan rasa yang hidup korang akan tiada warna tanpa jiwang pakwe korang. Eh, aku guna korang.? hahaha. -.-

No comments:

All time ;