03 April 2012

Cara-cara penjagaan muka seorang yang bernama Nizam Aziz. (Entry ini bukan menandakan aku Metroseksual atau sebaliknya)


Rutin Pagi

Bangun je daripada berdengkur pasti terus cari benda alah ini , Namanya dalam "kad pengenalan" L'oreal Paris Men Expert (Pure & Matte : BRIGHT CHARCOAL BLACK FOAM) , benda alah ni dapat menghilangkan minyak-minyak yang keluar semasa anda tidur, 

ketahuilah anda bahawa kulit anda aktif mengeluarkan minyak di waktu malam atau waktu tidur anda. Jadi pencuci ini ada Salicylic Acid yang sangat sesuai untuk menghilangkan minyak dan kuman-kuman yang tersumbat seharian selepas tidur , Plus ada Vitamin dan lembut untuk kulit .


Rutin Sebelum keluar petang/ Beriadah/Keluar bersama Chenta/Keluarga/

Kalau nak keluar petang-petang tu biasa pakai benda alah ni lah , bagi nak samar-samarkan bintik hitam yang ada pada kulit . 

Benda alah ni bukan setakat melembab sahaja, Tapi ia juga mampu menghilangkan dan menghalang pembentukan tompok hitam yang terbentuk di kulit biasanya oleh kerana cuaca di Malaysia ni. 

Benda alah ni namanya L'oreal Paris Men Expert (Pure & Matte : ANTI-MARK MOISTURIZING GEL CREAM).  Ni mengandungi Salicylic Acid yang mampu mengawak minyak di muka dan juga Melanin-Vanish yang mampu men"samar"kan bintik-bintik noda hitam pada muka.

ATAU



Dan lagi satu adalah L'oreal Paris Men Expert (White Activ : OIL CONTROL MOISTURIZING GEL CREAM) , yang ni fungsinya tak jauh beza pada di atas , tapi ini akan dipakai jika cuaca terlalu panas dan ingin mengawal warna tona kulit , dan juga Minyak di muka yang mampu buat wajah berkilau-kilau tahap ekstrem mania. 

*Pesanan , sebelum memakai bahan pelembap di atas , Sila pastikan kulit anda bebas daripada sebarang masalah seperti alahan pada bahan kimia dan sebagainya. Caranya mudah sahaja, Calitkan sedikit pada bahagian belakang telinga anda , jika terasa gatal atau merah dia bahagian tersebut. Faham-faham lah sendiri ye.


Rutin Malam Sebelum Tidur


Pada sebelah malam pula , pencuci yang lebih ringan akan dipilih bagi mengikut kesesuaian cuaca dan apa yang kulit muka dah "lalui" pada sebelah petang. 

Jadi pencuci yang akan dipilih adalah L'oreal Paris Men Expert (Pure & Matte : ACNO STRIKER PURIFYING FOAM). Ia mengandungi Salicylic Acid dan juga Zinc-G , Zinc-G mampu memulihkan keadaan kulit yang tidak sekata akibat parut atau kesan daripada alahan kulit.

Mungkin Produk ini tidak mampu menghilangkan minyak sepenuhnya , tapi untuk pengetahuan anda inilah persediaan anda sebelum berperang dengan kelenjar kulit yang akan merembeskan bilangan minyak yang banyak pada muka ketika kita tidur nanti. 

Tidak menghilangkan , tapi ia mampu mengawal minyak sambil memudarkan *menghilangkan* bintik noda atau hitam pada kulit muka anda , juga kesan parut atau bekas yang tidak diingini.

Disertakan dengan


Jika anda tidak percaya dan tidak berpuas hati dengan sekadar mencuci muka boleh menghilangkan, memudarkan noda dan bintik hitam pada kulit anda ? Sila guna ini , L'oreal Paris Men Expert (Pure & Matte : ANTI-MARK CORRECTING ROLL ON).

Cara pengunaanya senang sahaja , Cuma sapukan pada tempat yang dirasakan ada bintik hitam dan noda yang tidak diingini Seperti memakai Deodorant, tapi ini di muka ye , dan siap!. Anda akan merasa kenyamanan nya selepas itu. Sejuukkk..

ATAU

 
Selain Pemakaian Roll-on di muka tadi , ianya boleh diselang selikan dengan pemakaian L'oreal Paris Men Expert (Hydra Energetic : EYE ROLL ON). Pemakaian nya sama seperti Roll-on Face di atas, namun ini bukan pada muka ye , sila baca mata. Ini adalah untuk mata.

Bagi mereka yang suka berjaga malam , tak cukup tidur , suka jaga burung hantu . Dan sampai lah tersedar bawah mata ada Eye bags @ Puffy Eyes macam panda. Sila-sila lah rajinkan diri pakai ini dibawah mata anda ye. Sebelum terlambat. 

Dan disertakan dengan


Ni kalau ada gambar ni tak faham tak tahulah den nak cakap apa. Sila bukak kamus bergambar cari gambar ni ada tak ? .

Penjelasan gambar ini senang sahaja . Minum air masak yang secukupnya supaya sistem dan kadar perkumuhan dan penghadaman dalam badan sentiasa dalam keadaan yang elok , dan minum air masak tu kan elok untuk badan mahupun mengekalkan kelembapan kulit. 

Di bawah ni disediakan petua waktu yang elok untuk minum air masak.


Haa ini jelah yang biasa seorang yang bernama Nizam Aziz amalkan selalu. Dan kalau nak tambah seri semula jadi pada muka supaya berseri-seri , rajinkan yang "lima" . Berwudhu selalu, dan juga sentiasa tersenyum. Sambil-sambil cuci muka tu berdoalah apa yang bersesuaian.

Dikongsikan tips ini semua hanya sekadar pengetahuan bagi pihak Adam di luar sana. Dan jangan digelar Nizam Aziz ni Gay pula , mahupun Metroseksual

Bukan apa , selagi muda lingkungan umur , selagi tu kita kena jaga. Lagipun kulit kita , melambangkan "sikap" kita. Samaada rajin atau tidak mahupun sayangkan diri kita atau tidak. Bak kata Aaron Aziz.


 Aaron Aziz : "Kerana dirimu begitu berharga"

Peringatan : kulit lelaki dan kulit wanita tidak sama. TIDAK SAMA. Dan setiap orang memiliki kulit yang berbeza-beza, jadi jangan tersilap langkah memilih pencuci muka, pelembap atau sebagainya. Tanyalah mereka yang pakar sebelum membeli ya.

No comments:

All time ;