02 April 2012

Impian yang tidak tersampaikan.



Aku gambarkan Contengan di atas melambangkan betapa sukarnya aku untuk mencapai impian yang tidak tersampaikan ini.

Pemerhati di luar tanya apa kena mengena Ijazah Sarjana Kesusasteraan melayu ni dengan Teknologi Maklumat. Jawab aku, Izinkan aku pergi lebih jauh dalam mengenali Salasilah dan kukuhkan cengkaman akar Melayu pada jiwa aku.

Bagi aku Melayu itu ritmanya indah, bahasanya indah dan maksud disebalik melayu itu juga indah. Bukan aku tidak mahu katakan tidak untuk menyambung pelajaran kepada Ijazah Sains Komputer ? Ijazah Kejuruteraan Perisian ?

Cuma aku gambarkan contengan di atas sebagai impian yang tidak tersampaikan dan akan kekal hijau pada daunnya, seperti mana kuatnya hati ini ingin mendalami ilmu kesusasteraan dan apa itu melayu.

Sedar tidak sedar, Sedang pemerhati membaca satu persatu ayat yang aku taipkan, sedarkah pemerhati bahawa cara penulisan aku ? cara aku menyampaikan sesuatu ? Mungkin daripada situ anda pemerhati boleh lihat kenapa Kesusasteraan melayu itu jadi pilihan.

Ada sesiapa yang mahu iktiraf "Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dan Teknologi Maklumat" ada tak ? ada sesiapa ? *ketawa*

Aku pernah gambarkan yang aku seorang pengiat "teater" , tapi mana perginya itu sekarang ? tanya sama hati , simpan dalam minda , lidah tak terkelu untuk itu , jawapannya satu , Jalan ini masih jauh menunggu , depan nanti tiada siapa tahu , apa yang menunggu, apa yang tertunggu, dan apakah yang ditunggu.

p.s : Moga sampai pada jiwa yang tak tersampaikan. AMIN.

No comments:

All time ;