18 December 2011

Bebayang.



Sedang ligat mata aku bermain bersama dimensi ini. Baru terjelepok aku jatuh tersedar. Bentuk dimensi ini tiada tetapnya. Berubah - ubah.

Yang aku klasifikasikan nya terkadang kosong , terkadang penuh , aku dijilat - jilat penuh rakus bersama memori semalam yang menakutkan. 

Buat aku rasa aku tak ubah macam kanak - kanak berlari - lari anak kepada ayah dan ibunya yang takut akan bebayang hitam pada tepi tingkap.

Bebayang itu hitam. Susuknya , lentur - lentur.
Takut aku..

Menjerit - jerit aku , bingkas bangun. Mencungap - cungap menarik nafas semput.

Apakah ini ?
Mengapakah ini ?
Kenapakah ini ?

Cuba aku tegakkan postur badan ini , berbaring menatap tajam tembus siling di atas . Cuba tangkap dengkuran yang tadi lari kerana bebayang hitam yang tadi menganggu.

ssshhhhuuuuuhhhhh..

Kedengaran bunyi desiran ngeri menyelinap dari celah lubang yang ada , terus masuk ke halwa telinga.

Caitttt !
mambang segala bulan mengambang membangkitkan aku nak tidur pun tunggu berjambang lah nak tumbang balik.

Ahhhhh si*l.
Berpeluh - peluh aku dikacau bebayang itu.ngeri.scari.

Ke kiri aku.
Ke kanan aku.

Paradigma yang mengasak buat aku meracau.
Ejakulasi yang bersisi buat aku meronta.

Penuh persoalan padanya.

Apa tujuang bebayang ini mengacau aku. Aku tak mahu benda hitam ini lagi. 

Yang MAHA ESA , Jauhkan aku pada bebayang hitam yang menganggu ini. 

Sakit aku memikirkannya.
Bingung aku mencuba solusi kiub rubik yang disediakannya.

Usai aku berbisik pada hati , menyampaikan rasa hati pada YANG ESA. Aku kembali perlahan - lahan mati temporari. Ditemani siulan dengkur tanpa seni dalam kamar ini sendiri.

2 comments:

C Zakura's said...

mambang ape yang kacau awak tuh ? :O

Nizam Aziz said...

mambang masa lalu yang saya tak perlu fikir lagi. :)

All time ;