01 November 2011

Tidak Mahu lah.


Setan kiri kanan , bisik - bisik "Marah lah dia doe ,  dia buat salah dengan kau tu" , " Pukul lah dia , dia buat kau marah kan ?"

Aku tenung muka dia , terkadang aku senyap sahaja. Rasa macam nak marah , rasa macam nak pukul.

Geram memang geram. Tapi setan kiri kanan tak dapat buat aku jadi lupa diri aku , di mana aku berada. Siapa aku . Dan kenapa aku jadi lelaki.

Aku terus tersenyum.

Biarlah aku pukul diri sendiri dengan semua yang dia dah buat.
Biarlah aku marah diri sendiri dengan semua yang dia dah buat.

Soalan yang biasa aku dengar diajukan . kenapa aku. Jawapan yang biasa dia dengar aku berikan . Tiada apa - apa.

Tidak mahu lah.

Jauh mana pun dia.
Dekat mana pun dia.
Bebal mana pun aku.
Bangang mana pun aku.

Macam biasa dia cakap . "waklu" . Aku cakap . "haa ye , wakluu"

Aku akan tetap tersenyum , Setan - setan tetap setan yang tak pernah berhenti menghasut. Merasuk supaya aku lupa siapa aku.

Tapi aku tak lupa siapa aku. Tak juga lupa sapa dia.

No comments:

All time ;