01 November 2011

Jauh.

Rasa sakit ini sekali - sekali datang.
datang dan pergi tanpa diundang.

Terus - terus aku mengundang semua ritma - ritma tanpa lagu.
tentang semalam , tentang hembusan semalam , tentang rindu.

ahhh, syahdunya.

Berdiri aku , setapak ke hadapan.
Terduduk aku , mengundur setapak ke belakang.

ahhh, sadisnya..

Jauh - jauh , dibiar bersama layangan seribu liar mainan minda.
Takut - takut , terhilangkan semuanya, nanti terjajah minda.

ahhhh, kelamnya..

Duduk sini.
Duduk sana.

Mikir ini tetap satu.
Tiada menari.
Tiada terperi

ahhhh, kelirunya.

Jauh - jauh.

Apa ini.
Apa yang sedang merasuk semua deria lima.

Mata terbuta.
Telinga terpekak.
Hidung Tak terhidu.
Mulut tak selera.

ahhhh, Rumitnya.

Sebuah Potret aku tatap.

Rumit ini .
Keliru ini .
Kelam ini .
Sadis ini .
Syahdu ini .

Terlakar di sini ,terbang bersama hembusan nafas untuk dia yang sedang jauh di sana.

Semua huraian kompleks yang dihambur. Sebenarnya tiga sahaja. "Aku rindu dia"

Nazak. tenat. Hampir mati..

No comments:

All time ;