Terjegil biji mata aku lihat kiri dan kanan , berputar - putar anak mata ikut sama mengira jarum detik yang ada pada jam dinding yang usang itu.
Sel Keringnya baru aku tukarkan , biar ia bernyawa kembali. Sahut setiap Jam , minit , saat dan detik aku menghadap depan laptop ni.
Sahut setiap khayalan aku , imaginasi aku. Aku rindu saat - saat indah bersama dia yang bergelar chenta hati.
Aku rindu , rindu dan rindu dia. Mahu sahaja aku tahu isi hati dia , rindu aku atau tidak. Takut aku ni perasaan sendiri. Ketawa aku senyap - senyap bersama jelingan Atmosfera yang sunyi.
Sunyi lagi sepi. sepi lagi sunyi. Terhambat aku oleh Mesin angin Eletronik yang aku biar terpasang memerahkan , memeritkan mata aku ni.
Memori yang indah semalam , aku tangkap satu persatu.
Hilai tawa yang indah semalam , aku tangkap satu persatu.
Duka hiba yang buruk semalam , aku buang satu persatu.
Aku rindu , kalau benar berkata rindu itu dianggap salah dan mampu aku dipenjara. Aku tak takut , tak takut kalau terpenjara oleh rindu yang dah tahap kritikal ini.
Aku nazak , aku tenat. Benarkan aku keluar daripada penjara hati yang penuh dengan penjaga kerinduan ini ? boleh kah ? Tolong , aku tidak bermaya lagi untuk lawan setiap satu perasaan yang ada ini.
Aku lemah ,. aku takut aku jadi makin lemah kerana memori semalam yang termamah.
No comments:
Post a Comment