11 September 2011

Berapa kali jadi jahat ?



Pernahkah anda terfikir , dalam sehari berapa kali anda jadi jahat ? dalam sebulan berapa kali anda jadi baik ? dalam setahun adakah perkara tersebut seimbang ? 

Tolak tambah bahagi darab guna otak jepun berapa semua persamaannya?
Itu semua subjektif .

Manusia , tidak pernah lepas daripada menjadi jahat, juga baik. dengan pengaruh

keadaan atmosfera sekeliling dan keadaan semasa.

dan tanpa kita sedar , kita juga menjadi jahat dan baik bukan kerana diri kita sendiri,

Dalam erti kata lain, kerana musuh - musuh kita di sebalik dinding mahupun depan dinding. Musuh yang menembak tanpa pistol , musuh yang mencederakan tanpa sebarang kesan,

Mereka mencipta "alasan" dan "punca" supaya kita menjadi jahat mahupun baik , mereka secara sengaja atau tidak buat kita merasa dunia ini opsyen nya hanya ada dua.


Jadi baik atau jahat. tanpa kita sedar yang kita sedang melalui garisan masa kehidupan ditemani dua perkara tersebut.

Tembak , tembak dan tembak . aku bunuh kau , aku tikam kau kembali , aku takkan ada belas kasihan sampai batu nisan terpacak atas kepala aku.

Tembak , tembak dan tembak . biarlah , aku tak mati dengan peluru besi, waima peluru halimunan sekalipun.

Nampak perbezaan repetisi tembak yang aku nyatakan di atas ? kalau nampak sila berikan penjelasan saintifik mengenainya. silakan ?

Opsyennya masih dua . Baik dan jahat. sila pilih. Tiada talian hayat. silakan ?

p.s : Buat jahat jangan sekali .

No comments:

All time ;