25 January 2011

degil.kepala batu.(Asthma)

Degil , kepala batu , itulah aku . Tuan empunya nama MOHAMAD KHAIROOL NIZAM BIN ABDUL AZIZ.

berkali - kali ummi pesan ,

ummi : " angah , jangan mandi malam sangat , tak elok angah kan ada asthma ?"
aku : "alah mak, angah mandi kejap je"

Sehinggalah..


Orang yang tak ada perasaan je jawab macam mana aku jawab ni.



kepala batu kan ? rasa - rasa hentak kepala aku dekat dinding pun susah nak pecah. dan apa itu ASTHMA ?


Image Source : Corbisimage.com

"Asthma (from the Greek άσθμα, ásthma, "panting") is a common chronic inflammatory disease of the airways characterized by variable and recurring symptoms, reversible airflow obstruction, and bronchospasm.Symptoms include wheezing, coughing, chest tightness, and shortness of breath." 
Info From :Wikipedia : Asthma

Terkadang , aku ni jenis tak sedar diri , tahu dah ada asthma. Aku tetap mandi malam - malam lagi, Kadang - kadang ada mereka yang tak kesah , sampai malas nak buka mulut. Sebab aku degil , yang penting dalam hasti aku , "ah , sejuknya , bestnya dapat mandi malam - malam "


Image source : DailyMail.co.uk

Nampak , benda yang keluarkan gas kat atas ni ? warnanya ungu kan ? pelik. haha.konon - konon rare. Yang pasti aku perlu benda ni , tak kira di mana - mana , even tak ada serangan asthma. Aku harus ambil langkah berjaga - jaga. pernah aku cakap sendiri.

Ummi : " Angah , jangan lupa bawak pam semput ok ?"
Aku : " jangan risau , angah dah sangkutkan dekat leher dah" *ketawa*


Image Source : TheFormer786

Antara Punca - Punca datangnya Asthma adalah :
  • Alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk. 
  • Jangkitan pernafasan seperti selsema .
  • Aktiviti fizikal , seperti bersukan. 
  • Pencemaran udara seperti asap rokok
  • Sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID (ubat anti-radang bukan steroid)
  • Cuaca yang sejuk , seperti Hujan.
  • Gangguan emosi dan stress.
  • Bahan ber'sulfite', bahan pengawet .
  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
  • Putaran haid bagi sesetengah perempuan .
  • Alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut. 


 Image Source : Some14Me

Siapa kata orang yang ada sakit asthma tak boleh bersukan ? Memang dulu aku sangat aktif bersukan , bilang sahaja Hoki , Bola Sepak , Badminton , apa lagi ? ragbi jangan ok, aku sedar . haha . Cuma , kena perlu pandai sembunyikan nya , kalau tidak , memang tak lah kan nak dapat join pasukan sekolah. :)

Individu yang Berisiko diserang Asthma adalah ?: 
  • Latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma.
  • Jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak .
  • Terdedah kepada asap rokok.
  • Persekitaran udara yang tercemar .
  • Pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia.
  • Kurang berat badan ketika lahir .
  • Berat badan yang berlebihan .(Obesiti)
Image Source : treehugger

Langkah - Langkah Pencegahan Penyakit Asthma :
  • Buat satu perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma.
  • Kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma .
  • Pengawasan terhadap pernafasan anda.
  • Kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu .
  • Jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal.


Jadi Janganlah anda , anda dan anda degil atau kepala batu. Sila lah ikut nasihat yang diberikan doktor. Dan sedarlah diri anda ok ? :)

p.s ; Orang yang ada asthma ni manja katanya. :)

4 comments:

EwaFiwa said...

heh nzm nzm .. hurmm .. dh pesan dh .. ewa report kt doctor lah cmni..

Nizam Ash Aziz said...

wekkkss, tak takot..doctor bagi nzm mandi malam lah. :P

EwaFiwa said...

eleh !!!

Nizam Ash Aziz said...

apa eleh - eleh hah ? :P

All time ;