16 January 2011

cinta tak bertuan , berdiri tidak berbayang.

hidup ini makin lama makin tak terurus.
bengkang bengkok bercenuram tiada lurus.

dibuang berkali - kali dalam hidup manusia semasa sayang kau sampai kemuncak.
rasa seperti kau berpijak - pijak pada padang basah yang lecak.
di mana, kau pijak , pasti lecak itu akan berpisah menjadi berkecamuk.corak yang tiada sama. berkecakan ke sana sini.

mungkin aku akan cakap aku bodoh , kerana menjadi naif begitu sekali.

tapi itulah , aku memang bodoh , bodoh dan bodoh , buta mata hati.
sayang , sayang tapi aku dibuang macam sampah tepi jalan.
orang kutip , tapi bila kau rasa tiada nilai dan tiada rupa, orang seperti aku kau buang lagi.

perih hati ini simpan tiada siapa yang tahu.
mungkin luaran senyuman itu terukir manis , remuk redam hati siapa tahu ?

mungkin aku akan..

mengaduh.

mahu siapa tahu ? mahu siapa ambil kisah ? mahu siapa simpati ?

mungkin akan aku campakkan hati aku jauh - jauh macam tiada bertuan.
bila sudah jauh aku campakkan , cuba kau ambil ? dapat tidak ?
kalau dapat , berjaya kau buka kunci pintu hati.kalau tiada dapat , cari lagi kunci itu.
kerana aku tidak campak jauh , cukup untuk mereka yang ikhlas mencarinya dengan tenang hati.

berjalan , jalan lagi dan lagi.


lorong - lorong sunyi itu jadi teman kau. Nyanyian - nyanyian sunyi jadi penghibur kau.

titis - titis hujan berderu laju jadi penyelamat . penyelamat bila kau cuba sampaikan isi hati kau dengan setiap tangisan. 
Yang kau sunyi. yang kau alah pada bunyi kerana sudah terbiasa sunyi. 
Jadi apa yang terlekat dengan rasa degil di hati hanya mahu bersendirian dan terus - terusan sendirian. Mungkin mahu kau nyahkan, tapi kau terperangkap dalam penjara yang kau jadi banduan dan penjaganya.

cukup jaga hati sendiri.
cukup kau bersendiri.
luahkan sekarang pada diri.
yang kau sunyi.

"Cinta tak bertuan , aku tidak pilih itu , Bertuan dengan cinta , mungkin aku menangis lagi , kerana rasa obses akan nya. berdiri tidak berbayang , melayang - melayang , sayang - sayang aku dibuang , rindu - rindu waktu aku terluang , jadi biarlah , kosong itu aku pilih selagi kunci itu belum dijumpai"


p.s ; let it be. :)

No comments:

All time ;