16 August 2010

tangan aku rindu.

hurmm.
semalam tercari-cari aku akan hadir nya nyata.
nyata yang aku masih kabur meraba-raba.

aku tak akan menipu hati,
mata memerhati pasangan yang berpegangan tangan,

sungguh aku di sini masih merasa hangat tangan digenggam,
tapi aku cuba menapis realiti sedar akan itu adalah hari semalam,

sungguh aku cuba menolak rasa yang bertalu-talu datang tak dialu,
sungguh aku malu untuk meluah kerana takut akan wujudnnya malu,
tapi aku tak mampu nafikan yang aku masih kosong,
kosong macam tin kosong yang disepak-sepak terpesong,

sungguh aku tak tipu,nisbah kekosongan hati makan tinggi bersabung,
dilambung bagaikan episode melodrama yang bersambung-sambung,
di mana akhirnya cliche yang si hero akan senyum melambung,

aku cemburu,tapi aku tak mampu luahkan.
aku memburu,tapi aku tak berani nak suakan,.

sungguh sisi minda kosong ku rindu,
rindu akan lestari yang sendu,
aku ibaratkan bagai varia si kuning bulan beradu,
dia mana si lebah mati di pagi hari mencari madu,

hebatkan penangan rasa cinta?
hebatkan jika kita ditakdirkan jatuh cinta?
hebatkan bila kita rasa kita dilamun cinta,?
hebatkan bila kita dapat rasa butanya cinta?
dan lagi hebatkan rasa kecewa bila ditolak cinta?

tangan aku rindu untuk menggengam tangan yang lain memenuhi ruang-ruang kosong,
mata,aku rindu untuk menatap seri wajah yang mampu buat aku ceria menghadapi hari,
telinga,aku rindu untuk mendengar setiap bait ayat yang mampu buat aku teruja menanti hari esok.
hati,aku rindu untuk katakan yang aku rindu semuannya tentang kau "cinta".

sekarang,biar sahajalah cinta dan kasih untuk mereka ummi dan abah.

2 comments:

Laluna_Semalaman said...

tk sngke pacik terer bpuisi, hoho, caye lah pacikk!

nizam aziz said...

haha.
hebat ke?terima kasih.
bakat terpendam oh.3 bulan yang lepas baru sedar >_<

All time ;