19 August 2010

berdehem sahajalah.

ehem ehem,
eh,aku tak akan berdehem kalau lingkok tekak ku terpaut,
berpaut pada segala indah yang ngeri bagaikan maut,
biar sahaja lah memori sudah ku titip jauh ke "laut"
ku kerling kiri,ku jeling kanan,
ku begerak hadapan,ku imbas ke belakang,
ku berpegang pada sisipan imbasan semalam, ku mampuskan tekanan,
ku bersuara,ku menjerit riang,

ehemm,ehemm,
eh,berdehem lagi,
biar sahajalah,
"tekak" aku untuk aku,
bukan untuk kau kecoh terkaku,

 aku bergerak ke kiri,aku menyusur ke kanan,
cukuplah berpegang pada impian yang terwasiat semalam,
semuannya sudah terkubur dan sudah terhapus kan?
cuba menghela,!aduhh,tersekat lagi nafas dalam,

ehemmmm,ehhemmm,
sumpah ditepis bagai terpipis,benar memang benar,
jujur aku jujur sampaikan benak jiwa terkatup akan luhur,
aku cuba limpah tulus,tapi memang mulus halus dan lagi telus,
ikhlas memang aku ikhlas tapi tak berbalas,memang aku dah malas,

ehem,ehem,
sudahlah,
aku dah penat akan menanti perkara yang tak pasti disudahi,
aku bukan mahu mengalah,cuma aku tak nak diludahi,
biarlah aku tahu apa yang bermain berlegar-legar mengelilingi,

akhirkan sahajalah,
aku malas mahu membuka mulut untuk nyatakan yang aku takut,
aku malas mahu mencelik mata untuk terlihat akan perkara yang sudah sangkut,
tapi percayalah,aku sudah penat akan menjadi patung tanah liat yang tunduk melukut,















p.s; pasti tahu apa maksudnnya kan?

No comments:

All time ;