05 April 2012

Apa rasanya ?


Pernah bayangkan macam mana rasa plastik lutsinar merah yang berterbang-terbangan di pinggiran jalan, dipijak, dilenyek, dibuang, merata-rata perginya. Pernah ?

Pernah rasa terbuang seperti plastik merah yang halimunan rasanya ? Pernah ?. Kalau tidak pernah, jangan pernah minta bagaimana rasanya. Jangan minta difahami kenapa begitu rasanya. Dan jangan tanya bagaimana rasanya.

Perih, jerih dan sungguh menyakitkan. Ibarat hadir kau di sekeliling tidak dihiraukan. Bagaimana rasanya ? Terbuang ? Tidak dihargai ? amacam rasanya ?


Jangan salahkan sesiapa jika itu rasa anda, kerana anda belum cukup memahami. Ye, Nizam Aziz, kamu belum cukup untuk memahami.

Bilang aku pada bisik hati, Terima kasih kerana getuskan suara kecil. Aku terus tersenyum dan terlihat oleh aku sinar matahari yang terik. Senyum. Aku perlahan-lahan terima hakikat. Aku tak kisah. 

Biarkan aku tersenyum. Pergi mampus sama sunyi, sepi mahupun rasa murung. Aku tahu, aku akan elok begini. InsyaALLAH.

Senyum.

No comments:

All time ;