13 September 2011

cari aku.



"And I remember all those crazy thing you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.."

"All those crazy things we did
Didn't think about it just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here..
"

Jauh sudah hati ini dibuang , jauh entah ke dasar mana . ke jurang paling terlarang . bahaya peringkat ekstrem.

Silakan sandarkan tangga yang beribu kakinya, Jelajahi tiap - tiap kaki dugaan yang ada. kutip kalau kau berani , jangan kau terjatuh ke dalam jurang bahaya ini , ia mungkin akan menyakitkan kau , menyiksakan kau.

memenjarakan kau. Kerana aku di dalamnya. aku lah ancaman untuk kau. Tiada aku pernah menyenangkan kau . sehingga tertariknya engkau pada jurang dan lembah yang bahaya ini.

Cari lah aku , cari di dalam jurang ini , lembah ini. sampai nanti membuahkan fikiran kau yang tiada aku di sini mahupun di lautan paling dalam , banjaran yang terpanjang , gunung yang tertinggi tak terlihat oleh mata kasar.

Sebab aku sudah samar - samar sahaja. tapi aku sedang berdiri tepat di hadapan kau sekarang.betul - betul di hadapan kau. kau tiada nampak akan kelibat aku. yang sedang merintih - rintih mahu keluar daripada jurang ini.

kau pergi . begitu sahaja. tanpa sedikit kilas tolehan untuk aku.

tunggu nanti sampai aku mati di dalam jurang ini . biar tulang temulang aku reput seribu. Sepertinya masa nanti akan tiba , jangan cari aku lagi. aku sudah tiada. jauh daripada kau.

I wish you were here..

No comments:

All time ;