10 August 2011

Pulanglah #2

Hari ini mendung - mendung sahaja . Syukur , semuanya berjalan dengan lancar .

Ramadhan sudah jejak hari ke sepuluh , dan genap jugalah dua puluh lima hari pemergian orang yang ter"chenta" menulis setiap impian dalam kehidupan baru nya.

Pada kanvas hidupnya , mungkin sudah tercoret berbagai ragam kehidupan baru. Sedangkan aku masih di sini , di hadapan notebook ini . 

Sambil terkebil - kebil mata, menceduk setiap ayat - ayat yang terlintas dalam minda aku ini.

Tatap mukanya sahaja , sudah buat gelodak rindu aku membuak - buak .

Setiap hari bertukar wajahnya pada kertas dinding telefon bimbit yang aku genggam sekarang , tetapi masih dengan senyuman, dan senyumannya statik. Memerhatikan wajah aku yang sedang membuai - buai rasa rindu ini. 

Tapi apakan daya Kuala Lumpur bukan jarak berjalan kaki dari Johor Bahru . Orang barat selalu kata "Within walking distance"

Jadi aku "tulis" kan kerinduan ini sebagai pengganti sepucuk surat kepada Chenta yang jauh berbatu - batu di sana , dengan harapan dia mendengar jeritan hati aku yang sedang rindu ini. 

Mustahil bunyinya, tapi tiada apa yang mustahil dalam dunia ini mana bila cinta itu merah pekat warnanya.

Dear Siti Norainiza , Aku hati kamu (I Heart You)

2 comments:

C Zakura's said...

i heart u too my dear ! <3 !
tak sabar nak balik jb jumpa awak !
saya rindukan awak sangat ! sangat2 !
mungkin jasad kita jasad beribu batu tapi hati kita tetap di sisi masing2 kan b ? dekat je.. :")
tunggu kepulangan saya tau my dearest ! loving u always ! :*

Nizam Aziz said...

ye tak sabar jugak nak tunggu kepulangan awak !
hehehe , dah macam diari dah semua ni. ye sangat dekat , dekat jeee di hati. ngee :D

sentiasa menunggu kepulangan awak . Always . Loving you too always my dear, <3 :*

All time ;