06 August 2011

Lelaki Jangan ambil hati..

JIKA..

Kekasih anda , atau kaum hawa mengatakan seseorang jejaka yang mereka nampak , atau artis yang mereka minati "jambunya dia itu!" , "Hensemnya lelaki tuh!" , "Kacaknya Kim bun jung!"

Kerana , anda jika ADAM yang sebenarnya , anda tak perlu cemburu, anda perlu cool , dan tanamkan dalam hati anda, yang anda adalah sentiasa terkacak , terhandsome , terjambu dia dalam hati kekasih anda, walaupun anda tidak lah seberapa nak dibandingkan dengan artis - artis korea yang kekasih anda minat.

Harus diketahui , yang kaum hawa, lebih mudah dan cepat teruja jika mereka melihat sesuatu yang mengagumkan dan menarik di mata mereka, sehinggalah mereka terlepas cakap dan terlupa bahawa, kekasih hati mereka yang di sebelah, "makan hati"

Jadi , jika tidak mahu sebarang pertelingkahan berlaku,atau bermasam muka , anda sebagai kaum 
ADAM , perlu menerima baik buruk , pro's con's Kekasih anda.

Jangan pula anda membalas dendam dengan mereka , sampai "Cantiknya Nyah tepi jalan tuh, suka i tengok" , perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku ye kaum ADAM. Dan kepada Kaum Hawa , harus diketahui yang tidak semua kaum Adam Matanya Keranjang. (:


Kalau Keluar ngedate , anggap sahajalah muka korang macam salah sorang hero jambu dalam cerita Boys Over Flower ni , walhal muka korang jauh berbatu - batu daripada diaorang. (:


JIKA..

Kekasih anda , bershopping tak hengat dunia ! harus diketahui, dan anda sebagai ADAM perlu memahami yang kaum Hawa memang sangat sinonim dengan Shopping nieh. 

Jadi biarkanlah mereka beli apa yang mereka mahu, temani lah sahaja mereka kemana sahaja mereka masuk , dan angkatlah sahaja beg plastik , atau beg kertas mereka, biarpun berduyun - duyun banyaknya. (:

Jarang - jarang lihat Kaum Adam yang rajin bershopping sakan ni , paling - paling pun mereka beli apa yang perlu sahaja untuk mereka. ye tidak ? Kalau adapun biasa lelaki itu digelar METRO-seksual. Apa itu METRO-Seksual ? Senang kata lelaki yang gemar pada Kesempurnaan dan Up-to-Date. (:


"Y.E.S"! , sangat sinonim dengan mereka kaki Shopping. (:

JIKA...

Kekasih anda , yang tampak mesra atau manja dengan anda menjadi kasar , garang , dan tiba-tiba sahaja memarahi anda dan meneruskan aktiviti membebel mereka tanpa henti. 

Harus diketahui , yang kaum hawa , akan berubah menjadi seperti di atas kerana mereka sedang melalui fasa - fasa "periode" mereka, dan mereka akan menjadi kurang selesa.

Jadi anda sebagai kaum ADAM janganlah jadi lagi marah ketika mereka sedang marah. Orang
Kata, api yang marak , jangan disimbah dengan petrol. nanti makin marak apinya. 

Namun tidak kesemua kaum Hawa yang akan bertukar menjadi pemarah pabila melalui fasa - fasa yang "harus" mereka lalui. (:


JIKA..

Hanya anda yang menjadi penentu destinasi , makan apa , dan semuanya kira anda yang jadi penentu. ADAM yang saintifiknya lelaki, harus anda tahu yang kaum Hawa tidak dapat membuat keputusan dengan tepat dan pantas.

Terkadang mereka blur, jadi anda sebagai ADAM , haruslah yakin, dan sentiasa menjadi penentu kepada kaum HAWA , janganlah anda memarahi mereka kerana perkara ini.

hilang ADAM anda jika memarahi mereka kerana perkara ini. Sebaiknya, jadilah penentu yang yakin. itu jalan terbaik. Kerana kaum Hawa gemar Adam yang membuat keputusan yang pantas dan tepat. (:


JIKA.. 

Tidak memuji anda walaupun anda telah melaram sehabis handsome , atau kachak, harus diketahui ya kaum ADAM ,

bahawa pujian daripada Hawa biasanya spontan daripada mulot mereka , bukan lebih kepada membodek. atau memuji sedapkan hati.

Tapi , anda Adam , janganlah pula fikir yang bukan - bukan , sehinggalah anda tidak langsung memuji mereka, walau sedikit pun, dengan alasan. "ah, dia tak puji aku, buat apa aku nak puji dia" , sedangkan dalam hati anda, dia memang cantik bak puteri kayangan bidadari.

Tak baik kan menipu diri sendiri ? jadi kaum Adam, anda harus faham , jika tidak pujian untuk anda, hadiahkanlah pujian seikhlas hati untuk mereka. tak susah kan ? (:

Hadiahkan mereka dengan..

" Sayang , awak nampak cantik dan manis sangat hari ini "

Tak susah kan ? (:

JIKA....

Kekasih anda mengabaikan anda sehari suntuk , tanpa panggilan atau pesanan ringkas , selepas mereka memberitahu anda yang mereka akan keluar sehari suntuk bersama kawan mereka. Jangan cemburu, jangan terburu.

Seharusnya anda kaum ADAM harus memahami mereka, ini kerana mereka mempunyai kehidupan mereka sendiri, jadi apa salahnya kalau sehari suntuk mereka habiskan masa bersama teman-teman mereka.

Anda Adam jangan lah pula jadi seperti polis , "awak kat mana?" , "awak dengan siapa?" , "Bila nak balik?" , Biar sahaja mereka dengan hidup mereka untuk sehari.

Tidak cukupkah masa yang mereka habiskan bersama anda 25 jam sehari menaip pesanan ringkas ? Jadi berikan mereka masa , berikan diri anda masa.

Kaum Adam anda kan sinonim dengan lagu dan permainan video bila bersendirian. jadi? faham - faham sahajalah ye.

Jangan pula mengambil kesempatan lain semasa ketiadaan atau kesibukan mereka. Tidak patot untuk anda Kaum Adam melakukan mereka seperti itu.


 Hilanglah ke"macho"an anda jika marah meluap - luap seperti ini.

JIKA...

Pilihan anda bukan pilihan mereka , Kaum adam yang Budiman , tahukah anda kaum Hawa itu lemah orangnya ? walaupun pada zahirnya mereka kelihatan kuat ?

Jadi janganlah tengking mereka, marah mereka , bermasam muka dengan mereka.. Hanya kerana mereka tidak tahu mengikuti pilihan anda.

Sebaiknya , mengalah lah wahai kaum Adam yang budiman, sebagai contoh ,

"Sayang , harini b nak tengok cita tenpomers," 

"ala b, sayang nak tengok cerita Dua kali lagi, yang saheji jem , dengan lisa surirumah berlakon", 

Jangan pula anda marah mereka dan paksa mereka ikut pilihan anda. Sebaiknya mengalah lah untuk mereka.

ye kaum ADAM ? jadi jawablah mereka sebaik mungkin, mengalah lah.

"Ye sayang , harini kita tengok cerita dua kali lagi ye sayang." . 

Tak susah kan wahai kaum Adam yang budiman. Janganlah anda guna kuasa veto anda untuk menentukan segala - galanya ok ? (:


 Mahukah anda menjadi Diktaktor sekejam Hitler ? tidak kan ?

Jadi , Layanlah wanita , perempuan , hawa seperti mereka insan terakhir di dunia ini di mata anda , tahukan anda yang nisbah lelaki memang ramai daripada perempuan , tetapi berapa lah sangat yang betul - betul "lelaki" dalam nisbah tersebut. (:

P.S : A good man is hard to find.

2 comments:

C Zakura's said...

urmmm... :)

Nizam Aziz said...

kenapa ? ada terasa apa - apa ke ? (:

All time ;