15 May 2011

Rindu.


Yeah , sudah lama tidak aku menaip - naip. Paling - paling harap tidak berhabuk papan kekunci aku ni.
Pertama - tamanya , aku mahu cerita tentang dia , tahu siapa dia kan ? tak kesah lah , orang nak cakap aku jiwang ke , apa ke ? ini buka buku aku, ini bukan buka buku kau. Terima kasih , aku menundukkan kepala tanda hormat sebentar.

Kelmarin ,

Dia : " B , tadi kaki sayang terkena kaca , alah takpe , sket je"

Ok , sikit je eh ? ingat Nizam Aziz ni apa ? haha , sikit maksudnya banyak , dan banyak maksudnya aku sedang risau , sedang tak tentu arah fikirkan dia. ye , betapa aku risau. tahu kan ?

Sayang , Jangan pernah tipu yang konon - konon nya sikit sahaja, saya tahu. Selepas tahu dia sudah ke kelinik , keluarkan Kaca yang masih tertinggal di kakinya , aku sedikit lega, Kalau tidak mahu aku membebel tak sudah. Terima kasih kepada "MAK" kerana suruh anak "MAK" pergi kelinik ye. (: 

Biarpun hanya kaca yang tergarik di kakinya , risau itu tetap bertapak dalam hati , tetapi jangan sampai pernah tergarik hatinya , aku tidak mahu , dan aku tak mahu begitu.

Dan tadi . Aku terima kiriman pesanan ringkas dari dia.


Dia : " urm ok , syg akn jage kaki ny tuk b ok..mak suh plih kain langsir untuk raya,sementara syg de kt uma , syg boleh tolong jaitkan dulu."

Serentak . tanpa berentak , hati aku bagai dipanah petir.sayu - sayu bunyinya.

Awak , saya nak awak tahu , sebenarnya saya masih belum kuat untuk lepaskan awak "terbang" dan pergi menjauh daripada saya , memandangkan Perhubungan kita yang semakin rapat walaupun baru tiga bulan usia perhubungan kita. Saya rasa berat sangat, Tetapi , Saya tahu ini untuk masa depan awak, ini kehendak awak. Pergilah ye, saya dah bersedia, dah bersedia untuk segalanya awak. Dan saya dah bersedia untuk kuatkan duktus air mata saya untuk lihat awak pergi "terbang".

baik dengar sini.

Bertegur sapa tidak lah pernah,
Besenyum mesra , sekali sekala.
berjauh - jauh jangan berubah,
Dekat - dekat mebuak rindu menyala.

Baskin robbins menjadi punca,
Mencuba Poke , dibiar sahaja.
Dulunya tidur muram sahaja.
Kini tidur tersenyum gembira.

Entry ini sahaja saya buat untuk awak , kerana selagi entry ini tiada, rasanya saya tidak akan dapat tidur malam.

2 comments:

C Zakura's said...

haishhh~ its really really sweet dear ! love, love, love u so much !
u know what, i was crying rite now, cause u make me very touched at this moment ! :") but at the same tyme, i can make a smiles..missing u so much !

Nizam Ash Aziz said...

hehe.biasa je lah entry ni. (: Missing u so much too my manja ! (:

All time ;