22 May 2011

Lembing nya pulang satu sahaja, di situ.

Salam , Berhenti berkata blog aku ini merepek . Ya angguk , memang merepek pun. Paling - paling singgah sekejap - sekejap sahaja. Aku bukan nya pemuitis yang bisa diangkat menjadi pemuitis. Ditemani lagu "The Beatles - Yesterday" cukup buat aku ada inspirasi untuk menulis , menaip sebenarnya.Terkadang aku lupa aku sudah ditelan arus kemodenan. Biarlah tidak berjela - jela . Biarlah tidak berantai - rantai. Cukop, aku tidak mahu kelirukan orang.

Sudah , ini ceritanya bukan tentang Yesterday.

Aku mula dahulu ya.

Bercacak - cacakan lembing, perginya deras - deras.
Tepat nya cuma sipi - sipi sahaja , masih keras.

Ditalu - talu lembing yang bercacak - cacakan, perginya kali ini perlahan - lahan sahaja.
Taluannya cuma berlandaskan angin , angin yang tiada rupa, jauh sekali Fizikalnya.

Puas disapa , mana Arahnya ?
Puas Diteriak , mana Perginya ?

Dicari - cari di sempadan yang tidak akan terjumpa.
Bukan mudah mata halus mencari lembing yang Sekecil Zarah itu.

Perlunya bukan kompas sakti.
Perlunya bukan Mata sakti.
Perlunya bukan tilikan sakti.
Jauh sekali Tongkat sakti.

Teruskan perjalanan , deras - deras langkah kakinya.
Susun rapat - rapat semangat yang ada baginya.

Jangan meludah pada yang menghalang.
Bukakan sahaja laluan mereka , bukan mereka dalang.

Ya, berteriaklah.
Ya. Jeritlah.
Ya, Buatlah.

Buatlah apa - apa.
Tiada mengapa.
Jangan disapa.

Sudah aku bilang, Jika kau ikut kehendak hati.
Yang hitam pasti mati, yang putih pasti hidup abadi.
Kerana Lembing nya pulang satu sahaja. DI SITU.

p.s : Jangan Paham, aku sendiri pun tak paham *ketawa*

No comments:

All time ;