20 April 2011

Janji.

Petang itu cerah - cerah sahaja , tidak perlu Banana Boat Spf 15 segala. Kelihatan tiga sahabat sedang rancak berbual. Ali , Abu dan Atan. (Ok , nama ni sangat sinonim)

Ali : "Abu , aku dengar kau dah beli Belackberi baru ?"
Abu : "A ah , macam mana kau tahu ni? , aku dengar kau pulak dah tukar handset Androyd?"
Ali : "Eh , kau pun tahu jugak ? hebatnya kau"
Abu : "Biasalah ,aku kan Paparazzi"

Atan hanya diam sahaja , sambil tekun memerhati perbualan antara Ali dan Abu tentang handset pintar masing - masing.

Abu : "Aku rasa tak membazir duit aku, macam-macam features ada dalam Belackberri ni"
Ali : "Ya ke ? aku pun sama, rasa macam berbaloi sangat beli Androyd ni Abu . Macam - macam ada"

Abu kemudian melihat Atan dan Atan melihat Abu.

Abu : "Kau pulak Atan ? mana handset pintar kau ?"


Seraya itu Atan mengeluarkan handset super pintarnya. Memang pintar.

Atan : "hah, ni handset pintar aku. Aku beli 80.00 Ringgit Malaysia sahaja dekat belakang kedai runcit Pak Ali."
Ali : "Eh , handset ini kau kata pintar Atan?"
Abu : "Handset Rokia 3310I mini ni kau kata Pintar? , Ini buat baling anjing pun, anjing pengsan."

Deraian ketawa Abu dan Ali kedengaran memecah keheningan petang itu.

Ali : "Apa punya taste lau kau ni Atan? kerja bukan kemain professional lagi"
Atan : "Ah , aku apa kesah ,penting dapat texting dapat call. dan....."
Abu : "Dan apa Atan ??...."

Atan bangun memegang handset yang kononnya super pintar dan terus membaling ke arah belakang Ali dan Abu. Ali dan Abu terkejut memandang Atan. Atan tersenyum sinis melihat Ali dan Abu.

Atan : " aku sambung ye. dan....selamatkan korang daripada Anjing hitam yang dari tadi dok ushar - ushar hang berdua kat belakang tadi."

p.s : Kuno , kuno , berguna juga kan ? (:

2 comments:

C Zakura's said...

hahaha ;D self protection !

Nizam Ash Aziz said...

hehe.sangat self protection kan ? (:

All time ;