31 January 2011

Masih berperikemanusiaan.

"Eh arule cepat lah , pakcik - pakcik dah nak start main dah ni" jerit jiran aku , atau lebih dikenali sebagai sahabat aku. Nama dia perlu dirahsiakan . Orangnya Berdarah Campuran cina. Dia suka makan Ais krim Malaysia , Katanya best sangat. Tambahan dia sangat suka juga makan gula - gula , tapi dia bukan kunyah gula - gula , dia tak pandai mengunyah, Dia terus telan. Hebatkan ?

Tapi ini bukan cerita pasal Gula - gula dan si semut , Mahupun Cik Bibah Yang duduk bahagian atas daripada blok aku , Dia jual Ais Krim Malaysia. Abaikan. Ini cerita pasal cerita Kedai kopi petang - petang . Macam Pak Ali jumpa Pak Abu cakap yang BN menang besar, bukan parti pembangkang, pasti yang mebangkang sakit hati kan ? *ketawa*. Macam tu juga lah cerita ini , ianya berkait tapi tidak mengait. Jangan fikir, nanti pening.

Sambung.

Aku ketuk - ketuk kasut nike kelabu aku yang berstud plastik , nak stud besi tak mampu. Penuh hijau - hijau rumput jatuh macam hujan . Semut - semut sibuk kutip gula yang dibuang entah daripada mulut kanak - kanak mana. Timbul di benak , "eh , **** biasa suka makan Ais krim malaysia ?" . Bebal , mana ada orang makan Ais Krim Malaysia sebelum sepak terajang bola yang hitam putih tu. Aku biarkan sahaja benak aku tadi melayang. Jauh daripada logik. Nyata tidak sekali.

hampir ke situasi MASIH BERPERIKEMANUSIAAN.

Aku tarikkan stoking nike aku, kiri kanan . Naik padang . Cabut Rumpot konon - konon macam pemain profesial lah. hehe. Biarlah , yang perasan aku sendiri . Paling - paling pun Pakcik - pakcik yang lihat tahu semangat aku macam mana. Melangit macam gunung. *ketawa*

Dan..



"Arule !!!!!!!!!!!!!!!!! sini kejap !!"

"Hah ! apa? "

Apa pulak mamat ni nak bentak aku dalam hati , sambil lari berhentak - hentak. Jangan dia suruh aku belikan dia Ais Krim Malaysia. Aku punya semangat lari - lari bapak. Laju. Macam kejar - kejar bawa bini aku nak bersalin . Bini ? haha . Abaikan.

"Arule Sinilah kejap , sini"

"Apalah , nak suruh aku beli aiskrim la tuh ?"

"Taklah," Sambil melirik - lirik cermin.

"Apa , cakaplah aku daripada jauh datang lari untuk kau , kau tahu ?"

tahu apa daripada mulot dia terpacul ?

Sambil mengusap - gusap jambul dia yang ala - ala Aaron kwok tu. dia cakap

"HENSEM JUGAK AKU KAN?"

Aku dalam hati, pehhhhh ! mantap beb lu ! tapi tidak mengapa aku masih ada perikemanusiaan. *senyum*
Paling tidak , Kasut berstud yang berjenama nike ni sahaja terbang.



p.s ; Aku rindu kenangan itu.

No comments:

All time ;