13 December 2010

An Unaccidentally Trip To Malacca ;)

Assalamualaikum semua !
wah skema pulak nzm. :)

Sungguh tak dirancang ! memang tak rancang pun.
apa yang tak dirancang ? cuba tengok tajuk entry kat atas ?
semuanya bermula macam ni...

Bermulalah sebuah conversasi. di Facebook.
antara Afiq dan seorang Nizam.

Afiq : "Nizam turun Bp jom,balik hari,bosan ah duk rumah,tapi bem ikot"
Nizam : "Bem ikot?hah aku on je.duk rumah tak buat apa-apa pun"

Namun....

Pada 7 December.Malam sebelum kami Bertolak ke BP.

Afiq : "Zam,Bem suh kau tunggu kat Jusco,dia cakap nak beli barang kejap je kat BP"
Nizam : "Lah,macam tu pulak?aku pun ingat nak amek jam G-shock aku kat Zul,asal tak g sekali je?"
Afiq : "Entah dia,dia cakap nak beli barang kejap kat BP"
Nizam : "Ok lah,Bem dah cakap mcm uh an,aku takleh cakap pape la.pape text ok!"

Dan...

Afiq : "Zam,Bem tak jadi ikot ah,dia ikot mak dia g mana entah"
Nizam : "La,macam tu pulak?" -.-
Nizam : "So,kita berdua je la esok?,takpe2 aku cuba ajak Zul dengan Syapiq"

Jadi Keesokannya Tepat pukol 8.00 pagi,nzm dah terpacak kat rumah Afiq.
Kitaorang Bertolak dalam pukol 8 lebih.

Sampai Di Bp dalam kul 11 Lebih. *sumpah laju beb kau bawak fiq* :)
Teros melepak di rumah sewa, :)

Dan setelah bertexting dengan Zul.Idea Gila dia pun timbul.
"Pergi Melaka jom?boleh singgah rumah ame?"
yang laen semua dah. "whatthef?"
Tapi kerana,sudah tiada apa untuk dibuat,melainkan apa yang akan dibuat di BP adalah selain berkaraoke tengok wayang dan sebagainya,jadi kitaorang pun bersetuju sebulat suara untuk ke MELAKA !
memang dan sangat tak dirancang kan? kan ?

Perjalanan ke rumah Ame rasa macam sekejap je.
even sesat,

Zul : "Lah,kita dah jauh la sesat ni?"
Syafiq : "Aku tahu tadi,korang tak tanya?"

yang laen dah,grrr -.-
tapi selamat awek kat Politeknik Merlimau ramai,boleh cuci-cuci mata. :)

Setibanya Di rumah ame.ok macam biasa.sesi pengambilan gambar. :)



Selepas puas sesi pengambaran.Kami teros pekena Coconut Shake.
At First,apa seh Coconut shake?sumpah sangat jakun.Rupanya,hanya kelapa dan aiskrim digabungkan bersama,Maka terciptalah Coconut Shake. -.-

Ni lah gamaknya Coconut Shake

Sedap memang sedap.tapi bila dah telan je lama-lama.rasa macam muak nak termuntah pulak. -.-
Kemudian Perjalanan kami diteruskan lagi ke Dataran Pahlawan.

credit to ame untuk gambor ni :)

best ! ,itulah yang dapat nizam perkatakan pabila berada di Dataran Pahlawan.
even sebelum itu,kitaorang struggle nak cari parking. -.-

Ok,seperti kebiasaan.sesi pengambilan gambar lagi. -.-


Kemudian berlaku sedikit perbalahan, samaada ingin tengok wayang.atau bermain bowling.
Pada mulanya,Masing2 setuju tengok Narnia,tapi hanya yang 3D saja ditayangkan.dahlah tiket harga baek punya.Jadi aktiviti tengok wayang dibatalkan bulat-bulat. -.-


Kemudian Perjalanan diteruskan lagi ke Mahkota Parade.Tetapi Sebelum ke Mahkota Parade.
Sempat lagi mengambil gambar. Jakunlah katakan.padahal kampung Nizam kat Melaka. -.-

macam videoclip 11 Januari Gigi kan ? :)

Setibanya di MP,kitaorang dah decide nak tengok wayang,tapi hampa kerana.harga tiket yang sama.
yelah,masing-masing nak save budget katanya. -.-

Jadi Terbatal lah aktiviti tengok wayang dalam List kitaorang.
so, Aktiviti yang tinggal hanyalah.Berkaraoke dan bermain Bowling. -.-
At First Aktivit bermain Bowling hampir dibatalkan kerana harga.tetapi kitaorang decide untuk main
selepas pukol 9.kerana that time murah.3 game hanyalah RM10.Jadi kitaorang sebulat suara bersetuju maen pukol 9.

But menunggu pukol 9 daripada pukol 6 ? lama tak lama lah kan ?
jadi kitaorang pun decide untok join ame and the gang berkaraoke bersama.2 jam berkaraoke ok.
suara pun dah rock ala-ala papa rock. -.-

Selepas Berhempas pulas berkaraoke,kitaorang pergi makan sizzling panas.haha.
nak isi perot sebelum bowling lah katakan.Nak main bowling kene ada tenaga.dok gitu?haha


Tiba kat Bowling.jam tunjuk pukol 9.30,tapi ramai lagi orang.peh. -.-
dan kat sini jugaklah nzm dapat "Love at first sight" lagi..macam mana ?
korang bacalah sendiri entry sebelum ni ok. :)


Selepas Bermati-matian dapatkan Strike bermain Bowling.padahal longkang -.-
kitaorang teroskan perjalanan mencari perkara yang berfaedah.
ROTI CANAI TERBANG ! hah

apa tuh ? -.-

kemudian melungsur lajulah kami,ceh melungsur ke? -.- pape jelah.
Destinasi kami kemudian adalah ROTI CANAI TERBANG ! :)

Zul : "lah,kalau order roti telur,habis ah hancur kalau terbang?"
Waiter : "lah,Dia tebau lah dulu." *dalam nada marah*

semua tergelak. *naive sungguh kau Zul* -.-

ok.Rotinya biasa sahaja.cuma,yang membezakanya,adalah rotinya di"terbang"2kan.lah itu je. -.-
Dan sebelum pulang,kitaorang sempat mencuba burger Arnab,Rusa,dan Ostrich.


Perjalanan diteruskan lagi,sebelum pulang ,kitaorang lepak jeti berhampiran rumah ame.
sejuk.gelap.itulah yang dapat nizam ungkapkan.rasa tenang je. :)
dan seperti biasa. -.-


 pas hantar ame pulang.kitaorang pun bertolak pulang ke BP.
dan gamaknya perjalanan pulang pun kitaorang sesat.

Syafiq : "betolah jalan ni"
Zul : "betol heh piq?"

tak pasal-pasal kitaorang sesat.grrr..perjalanan pergi penuh dengan bandar.tapi bila pulang
penuh dengan kelapa sawit.sumpah seram..

Tepat Pukol 4 lebih kami tiba BP.that time yg nzm nak cari just bantal bantal dan bantal :)

maka tamatlah trip yang tak dirancang kitaorang ke MELAKA !
thanks Afiq,Zul,Syafiq and Ame for this fun trip! ;)

Click Here : Full Album for this trip ;)

p.s ; Kita merancang,Tuhan Menentukan segalanya :)

2 comments:

Opah Kentang said...

bile y tak rancang tu la jadi best kan?hehe.

nizam aziz said...

yes setuju dengan opah ! sangat best ! enjoy giler ! :)

All time ;