Dah lama sangat aku tak taip aksara mahupun abjad dalam blog ni. Bukan apa , aku kehausan mengali minda. Tangan pula merepuh entah kenapa. penat.
Sedang aku menaip , ada bait - bait ayat syahdu teman. Syahdu betul. Sampai aku tak sedar yang aku sedang syahdu.
"Cinta ini membunuhku.." , haa serupa macam tu lah ayat syahdu yang cocok-cocok telinga aku. Malas lah tangkap leleh . Aku dah tepu bermain dengan perasaan.
Terkadang perlahan - lahan bait aku tangkap menyusun imaginasi. Siapa aku ? harus kah aku ? Mana tempat aku berdiri ? pentingkah aku ?
Tapi tu semua buat aku rasa celaka , buat aku termenung tanpa henti . Seperti ruang masa ini infiniti. Jahanam semua.
Aku sedar , perjalanan ini masih jauh , dalam perjalanan ini telah banyak aku ukir corak pada garisan jalanan , hampa , kecewa , gembira , suka , duka semuanya membentuk jaluran yang takkan pernah berhenti.
Terus aku berjalan.
Mengutip sisa - sisa hidup yang tidak terhitung , ku bawa kedepan .
Menyimpan janji - janji yang diberi , tidak akan aku menoleh kebelakang.
Bersamanya , aku ditemani tangisan , tawa yang melakarkan sebuah erti kehidupan.
Kau , anda atau awak , jika diberi pilihan melalui dua jalan , iaitu .
Satu jalannya penuh kesenangan dan di akhirnya kesusahan.
Kedua , jalannya penuh kesengsaraan dan di akhirnya kegembiraan.
Mana kau , anda atau awak pilih ? Silakan.
Aku nak "mati" sebentar. Salam.
No comments:
Post a Comment