Showing posts with label Pulanglah. Show all posts
Showing posts with label Pulanglah. Show all posts

21 August 2011

Pulang #3


Malam ini , dinginnya sama sahaja seperti biasa - biasa. Tapi kedinginan hubungan yang kami rasakan , dapat dihangatkan dengan pantasnya  hadir rasa bertolak ansur. Aku akui semua salah aku. Ini lah jadinya apabila minda mengawal setiap genap ruang minda.

Hari ini , genap atau ganjil sudah tiga puluh lima hari aku dan chenta hati berjauhan . Sayu. Bermacam - macam kami hadapi dalam hubungan bukan "within walking distance" ini. Dia sedang berperang di sana , berperang dengan minda dan kekuatan hati.

Hati ini jadi semakin sayu tatkala dia mengucapkan kata rindu pada keluarganya dan aku. Terdetik lagi di hati aku "kalau lah Kuala Lumpur tu aku boleh jalan kaki je pergi ?" . Tapi aku percaya yang dia kuat sejak daripada hari pertamanya di sana. Aku dapat rasakan kekuatannya.

Sama kekuatannya sebelum kami berjauhan seperti ini . Seperti biasa , garis demi garis aku carikkan pada angka - angka kalendar di dinding putih ini , bentuknya berbagai . Ada aku gariskan , ada aku bulatkan. Definisinya tetap sama menunggu kepulangan si dia yang tinggal lagi beberapa hari sahaja.

Harap terukir senyumannya , terlepas lah segala kerinduan pada keluarganya yang terpenjara lama dalam dirinya , Setelah tiba tarikah yang dinantikan. Saya mendoakan kepulangan awak dengan selamat Chenta Hati.

Haa , lupa. Awak masih merenung saya dengan ukiran senyuman paling manis dalam dunia ini . Statik senyuman awak. Walaupun awak jauh , saya dapat rasa semuanya. Saya tak pernah lepaskan telefon bimbit saya daripada genggaman saya. Sebab saya tahu , awak sentiasa teman saya dengan senyuman manis milik awak. Awak selalu ada untuk saya Chenta Hati.

*Ditaip ketika awak sedang sibuk menelaah buku untuk kuiz awak*


"You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be."

10 August 2011

Pulanglah #2

Hari ini mendung - mendung sahaja . Syukur , semuanya berjalan dengan lancar .

Ramadhan sudah jejak hari ke sepuluh , dan genap jugalah dua puluh lima hari pemergian orang yang ter"chenta" menulis setiap impian dalam kehidupan baru nya.

Pada kanvas hidupnya , mungkin sudah tercoret berbagai ragam kehidupan baru. Sedangkan aku masih di sini , di hadapan notebook ini . 

Sambil terkebil - kebil mata, menceduk setiap ayat - ayat yang terlintas dalam minda aku ini.

Tatap mukanya sahaja , sudah buat gelodak rindu aku membuak - buak .

Setiap hari bertukar wajahnya pada kertas dinding telefon bimbit yang aku genggam sekarang , tetapi masih dengan senyuman, dan senyumannya statik. Memerhatikan wajah aku yang sedang membuai - buai rasa rindu ini. 

Tapi apakan daya Kuala Lumpur bukan jarak berjalan kaki dari Johor Bahru . Orang barat selalu kata "Within walking distance"

Jadi aku "tulis" kan kerinduan ini sebagai pengganti sepucuk surat kepada Chenta yang jauh berbatu - batu di sana , dengan harapan dia mendengar jeritan hati aku yang sedang rindu ini. 

Mustahil bunyinya, tapi tiada apa yang mustahil dalam dunia ini mana bila cinta itu merah pekat warnanya.

Dear Siti Norainiza , Aku hati kamu (I Heart You)

06 August 2011

Pulanglah.


Jauh , sangat jauh awak di sana. Mata saya terkebil - kebil lihat wajah awak. Awak tersenyum sahaja melihat saya. 

Awak tidak kejam sebab tersenyum melihat saya yang sedang hiba rindukan awak, sebab saya biarkan wajah awak statik sahaja dalam telefon bimbit saya.

Saya rindu awak , macam masa dahulu kala saya rindu pabila bantal busuk saya dicuri momok, saya pun tak pasti momok dari spesis apa yang suka curi bantal busuk. Tapi rasanya macam jiwa saya diragut laju - laju tanpa sebarang notis.

Sedih rasanya. Macam itu lah perasaan saya sekarang ini awak. Tapi tiada momok yang curi awak,  Menara tinggi "bergading" yang pinjam awak untuk tulis masa hadapan awak. Catat setiap kehidupan baru awak.

Saya rindu awak , pulanglah . Saya sentiasa menantikan kepulangan awak, Tuan empunya badan yang saya rindui. 

Eh ! sebentar, sebelum saya noktahkan taip-an saya , rasanya hati saya sedang berbunga - bunga. Saya ambil satu bunga ilusi ini , nanti awak pulang saya beri pada awak ya. *senyum*

All time ;