Showing posts with label Kisah Hidup. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hidup. Show all posts

20 April 2012

Resah gelisah.


Makin lama, makin aku dihiruk dan pikuk oleh resah mahupun gelisah. Hari-hari ada sahaja berita gembira tentang sahabat handai yang dapat peluang kerja bagai, dan antara mereka dah bekerja dengan jayanya. 

Ada yang sambung belajar dengan jayanya.

Aku tak cemburu, malah lagi gembira untuk mereka. Serius aku gembira sebab mereka dah maju setapak dan ada yang dah bertapak-tapak maju dalam hidup mereka. 

Aku masih belum mulakan langkah walau setapak.

Sedangkan aku ? Masih disini. Nak kata malas, sana-sini aku dah cuba. Serius aku dah makin rasa terhimpit oleh masa. 

Tapi takde lah sampai nak membunuh diri sendiri. Itu kejam namanya, dan itu namanya tak bersyukur.

Aku takkan berputus asa. walau asa itu hampir putus.

Ya Allah, permudahkanlah semua urusan hambu mu ni Ya Allah. Amin..

Cermin itu.

Salam.

Tadi kebetulan aku pergi depan cermin dekat atas meja aku. Takdelah besar sangat cermin tu. Tambahan dah patah cermin tu. Saiznya sebesar dan sekecil alam. Faham ? jadi aku tak dapat anggarkan saiznya.

Aku perhatikan diri aku atas bawah perlahan-lahan. Padahal aku memang takkan nampak atas ke bawah, bawah dan ke atas. Sebab saiz cermin aku tu terlalu "besar".

Suara fantom datang berbisik-bisik. Metafora berkait-kait lekit. Lekitkan telinga aku dengan suara-suara sumbang. Aku tumpas dengan suara sumbang itu, lalu berkata aku dalam sudut hati.

Bila aku nak menangis , aku rasa diri aku akan menangis.
Bila aku nak tersenyum . aku rasa diri aku akan tersenyum.
Bila aku rasa pahit , aku pergi peti ais amek kopi dan minum.
Bila aku rasa manis , aku pergi geledah gobok dekat dapur aku telan gula.

Bila rasa rindu. Otak aku rasa kosong, yang ada cuma dia. Ahhhh. Aku tak boleh tipu diri aku. Lagipun aku tak suka menipu. sunat pun belum tentu. Jadi benar aku rindu dia. Cuma entah, adakah dia rindu aku seperti aku rindu dia ? 

haa , kan dah keluar ayat sembilu filem Awie tu. Kental manapun hati seorang jate, ada lembutnya di satu sudut. Percayalah kata aku. 

Bagi teman perempuan yang sering cakap pakwe mereka jiwang. Elakkan daripada terus cakap begitu. Risau pakwe anda tak mampu jadi Awie lagi lepas tu. Lepas tu korang akan rasa yang hidup korang akan tiada warna tanpa jiwang pakwe korang. Eh, aku guna korang.? hahaha. -.-

05 April 2012

Invasi dan tak disangka. (FIXI Novel)



Sedang aku membelek-belek page 9gag.com. Aku tak sedar yang Nama aku ditabalkan sebagai pemenang Cipta Slogan bagi Kontes INVASI sebuah novel Raja Faisal, Hadiahnya berupakan novel keluaran khas yang bertanda tangankan Penulis itu sendiri iaitu Raja Faisal.


Ini Gambar Penulis, iaitu Raja Faisal aka Papa King's (Penuntut dalam Jurusan bidang perubatan) yang sempat aku curi daripada Page Fixi, Mohon Izin Share Gambar penulis ini ye Fixi dan juga Penulis. Bulat dan comel orangnya. hehehe. (:

Terima Kasih buat para Panel juri , Penulis sendiri Raja Faisal dan juga warga Fixi. Setinggi Terima Kasih saya ucapkan dengan hadiah yang sangat "rare" ini. (:

Seriously dan sejujurnya aku tak sangka, Masuk suka-suka dengan slogan sambungan slogan "Saya percaya alien wujud kerana...daripada kecil saya disogokkan dengan filem E.T, Alien naik basikal terbang. dan hasilnya.


p.s : Kalau tidak kerana Chenta Hati, aku mungkin tidak mampu fikir dan buahkan idea se"kritis" dan setidak masuk akal begini. Terima Kasih Chenta Hati. Perang dunia ke-berapa pun meletus, saya tetap sayang awak. (:

Wherever you will go. ;)



Yang tengah-tengah tu captain dia, sebab dia kecik kemetot. hahaha.

So lately, I've been wondering
Who will be there to take my place
When I'm gone, you'll need love
To light the shadows on your face

If a great wave should fall
It would fall upon us all
And between the sand and stone
Could you make it on your own

If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go

And maybe, I'll find out
The way to make it back someday
To watch you, to guide you
Through the darkest of your days

If a great wave should fall
It would fall upon us all
Well I hope there's someone out there
Who can bring me back to you

Runaway with my heart
Runaway with my hope
Runaway with my love

I know now, just quite how
My life and love might still go on
In your heart and your mind
I'll stay with you for all of time

If I could turn back time
I'll go wherever you will go
If I could make you mine
I'll go wherever you will go 

p.s : I Guess everything's too late. :)

Suweettt sangat. -.-


Cintaku Ibarat Puzzles
Kepingan Terakhir milikmu.....

*lepas baca ni aku muntah tiga hari tiga malam. Dan aku tak nak ambil kesah daripada filem mana ayat ini dipetik.


"This is a story of boy meets girl, but you should know upfront, this is not a love story." 

*lepas baca ni pulak, aku tengok (500) days of summer tanpa berhenti tiga hari tiga malam. Hanya kerana nak dengar narrator dia cakap benda dekat atas.

01 November 2011

"Mak , Apa itu lope ?."




Saja aku biar memori - memori masa kecil lagi hingusan datang bermain - main dalam minda besar bangka aku ni. Teringat zaman di mana aku menjadi seorang "Professor" Ingin tahu.

"Mak kenapa orang potong bawang dia nanges ?"

"Mak kenapa budak tu bawak basikal ada tiga roda kat belakang?"

"Mak kenapa  orang kena sunat?"

Mak kenapa , kenapa dan kenapa. dan terus..

Sampai satu masa , aku terlalu curious untuk tahu satu benda ni , aku perlahan - lahan hampiri Cik Rose di dapur.


ada bezanya.

Aku nak marah , tapi dah besar.
Aku nak mengamuk , dah tua bangka.
Aku nak kata bodohnyaa kau , tapi belajar tinggi.

Mencatat kata pada kehidupan harian dengan jiwang meleleh tak tentu pasal ada bezanya ya.

p.s : "Eh , jiwangnya kau ni " , aku dah lemas dengan ayat ni. Lama - lama tenggelam aku.

Siket je jahat.


Entah  , tadi . Tak berkelip - kelip mata aku tengok satu blog ni.

"Eh mamat ni betul ke tak ? tak betul ke mamat ni ? mamat ni ...dan macam - macam mamat keluar daripada mulut aku.

Last - last aku tergelak. Da*n.

Warna warni , penuh dengan *anyonnghaseyoo* bagai dalam blog tu.

Aku pun dalam hati , Da*n , Mamat ni orang korea pandai cakap melayu.Tapi sayang , dia lupa nak pakai Fair & Lovely supaya dia nampak lebih korea. *Sarcasm*

Ok , kesimpulan nya , Meleis sekarang sibuk sangat nak jadi korea sampai lupa diri "mereka",Tak nak pulak jadi Aaron Aziz ? tak nak pulak Jadi Farid Kamil ? Mereka kan Pure Melayu.

Aku terus tergelak , dan terus tergelak. Kalau betul aku jahat . Dah lama...

"Da*n , muka macam bontot periuk , kuali dan bagai ada hati nak perasan Korea bagai"

Tapi aku senyumkan sahaja . Biarlah dia. Itu dunia dia. Itu Anyonnghaseyoo dia. Jahat siket je takpe. *senyum*

p.s : aku lagi benci mat - mat meleis ,  rempitters yang duk lepak tepi jalan duk suuweet2 anak dara orang. haa, itu aku benci tahap aku gelar diaorang " beruk tak pernah nampak burung merak cantik".

LDR.



" If you can trust someone who lives hundreds of miles away , then that's the beautiful. Sure you Don't feel near to them , but you get to talk to them , hear them. Think about how amazing it's going to be when you finally get to meet them , And how perfect it's gonna be. You fight less , You laugh more."

"They're hard , they're harder than a lot of things, but they're worth it , in the end. Why let distance ruin your feelings for someone ? Feelings are feelings , love is love , that's not gonna change."

p.s : Wonderful , Beautiful . Meaningful.

29 October 2011

Selain.

Selain Lima waktu , Aku perlukan ini semua. Tiada ini. Tiada lah aku yang plastik. :)


 Tu sebab rambut aku tak pernah stick pada satu gaya.


Rahsia Bibir yang seksi. auww. :)

13 October 2011

Tanpa tajuk.


p.s : Kebangangan ini berlangsung pada pukul 3.00 pagi, tatkala menahan rindu pada seseorang sambil menahan kesakitan perut dalam menahan asma. hebat tak ? Kalau anda sedang melihat video ini, kemungkinan besar saya sedang berada di hospital. *senyum*

07 October 2011

Biasa.

Semenjak dua menjak , aku menjadi semakin biasa dan tegar bersendiri . Memandangkan Chenta terlalu sibuk . Biarlah. Mungkin ini masanya untuk aku belajar terus lebih memahami dan ini mungkin masanya untuk aku bersendiri.

Sekarang hanya bertemankan bantal , makanan , Peti kotak bergambar , lagu - lagu mendayu, Game Cityville . itu sahaja.

Tapi tak kesah lah. Aku semakin biasa dengan semua ini. entah mana arah hidup aku sekarang pun entah aku tidak tahu.

Makin lama , makin cuba aku tolak rasa cemburu melihat "mereka2" ada kehidupan baru sekarang di menara gading. "Seronoknya", "Bestnya" , *mengeluh*

sedangkan aku masih disini. Duduk menghabiskan beras.

06 October 2011

Paranoid ?



p.s : Paranoid ? entah lah. *senyum*

Nanti - nantilah #3

Sh*it , asal perut aku berbunyi sahaja , mesti aku tahu yang aku belum makan. nanti - nanti Sahajalah aku makan. Syok pulak baca entry ni : Jantan Mengongkong .

04 October 2011

Takkan aku.



Kelmarin , Dekat City squre . puas aku pegang buku ini sambil berangan - angan bila aku akan dapat menelaah semua bait - bait ayat maut Jejaka ni.

Aku pegang - pegang , aku belek - belek. Kemudian aku letak kembali pada tempat asalnya.

Cik Rose bersuara : " Angah nak ke ? nanti mak belikan"

Ye baik , aku jadi malu. Takkan aku masih nak mengharap pada mak aku. Ye, aku mengaku aku manja. Tapi terkadang aku rasa nak tampar diri aku deras - deras sebab manja.

tapi nak buat macam mana , dah aku manja. Nak marah pun , aku tetap menonong jugak buat muka tak bersalah.

p.s : Dulu kecil - kecil mandi perigi , sambil gosok gigi .

not.


" People cry , not because they're weak ,  it's because they've been strong for too long. "

well said quotes.

p.s : Air Asia Thanks for the acception and offer , tapi jauh lah shah alam tu. Lain kali sahajalah nak jadi pelamugala.

21 September 2011

cemburu ?


Sebentar tadi , aku baru dapat khabar berita yang teman baik aku ,. Dapat dan berjaya menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi .

Katanya ke UITM di Shah Alam . dan ada yang ke UTEM. aku tersenyum dengar khabar gembira itu . dalam hati aku " eh, bestnyee !" . Dalam masa yang sama aku rasa kosong , dan .. entah lah.

Chenta hati aku , berada jauh di sana sama juga seperti yang lain , sedang berada dalam "dunia" menara gading . aku masih di sini . 

Jauh dalam sudut hati , teringin sekali aku belajar bersama mereka . Mengembangkan ilmu aku yang belum cukup di dada ini . Tapi apakan daya. mungkin rezeki aku di jalan lain.

Aku hanya mampu tersenyum dan bersabar mengharungi ini semua. Tahnniah dan semoga berjaya sahabat - sahabatku yang berada di "dunia" menara gading sekarang. dan tak lupa juga untuk Chenta hati.

Masih aku di sini , tersenyum. menanti hari esok yang mendatang seperti biasa..cemburu ? tidak lah. Aku lagi suka. aku tumpang gembira. *senyum*

20 September 2011

aku mampu.


ye , kalau tiada mampu kau berlembut dengan aku . silakan berkasar.
ye , kalau tiada mampu kau semuanya dengan aku , sila caci aku , maki aku , tengking aku.

aku masih di sini , tersenyum melihat semuanya.
menyimpan semua rasa ini.

tiada apa yang terlontar , tiada apa yang mampu aku biaskan . tiada mampu aku untuk melawan semuanya.

aku campak batu , takkan aku nak sembunyikan tangan . jadi aku terima semuanya. Terima kasih. 

Aku tak kesah berapa banyak kali benda ini terjadi . yang penting aku ada beli lebih benang serbaguna untuk jahit hati aku.

biar kau terjaga , tiada apa perlu dijaga pada aku.

biar kau tersenyum , biar kau rasa puas , biar kau rasa aku "punching bag" . 

Aku rela , memberi dengan senyuman . Aku bisa menerima dengan bendera putih. *senyum*

dan jika aku masih budak - budak , jangan terus - terusan beri aku manisan gula . takut nanti aku terbiasa dengan manis , sampai lupa rasa pahit diejek bila masih berhingusan. *senyum*

14 September 2011

Sekali , dua kali. tiga kali.


Sekali kau bunuh aku , aku tak mati.
Dua kali kau bunuh aku , aku tak mati.
Tiga kali kau bunuh aku , aku jadi lali.
Empat kali kau bunuh aku , aku jadi semakin lali.
Lima kali kau bunuh aku , semakin lali aku jadi.
Banyak kali kau bunuh aku , apa kata kau ambil cangkul, gali kubur aku. tanam hidup - hidup.

p.s : Belajar lah dari masa lampau. Kesalahan dan kesilapan bukan untuk diulang tayangkan. :)

13 September 2011

Behind every great love is a great story.



Noah : We can just finish out the summer and see what happens then. 
Allie : Please don't do this, you don't mean it. Oh why wait until the summer ends? Why don't you do it right now? 

[pushes Noah against car

Allie : Huh? C'mon. Do it! Do it! 

[repeatedly pushes Noah, starts hitting Noah, Noah starts hitting himself

Allie : You know what? I'm gonna do it! It's over. Okay? it's over.

[Noah , opens his arms for a hug]

Noah : Come here.
Allie : Don't touch me ! I hate you ! I hate you !
Noah : Ok , I'm Going.
Allie : Why don't you just go then ?!

[pushes Noah in the car]
Allie : Get Out ! Leave !
[kicks Noah's car]

Allie : Go!... No, no, just wait a minute, we're not really breaking up are we? Come on. This is just a fight we're having and tomorrow will be like it never happend right?

[Noah drives away

Anda dapat lihat antara reaksi Noah dan Allie ? Noah begitu tenang menjalankan tanggunjawabnya bersabar untuk Allie , Manakala Allie Terlalu mengikutkan perasaan. Dan lihat apa yang terjadi. ?

p.s : Fikir dulu sebelum lakukan sesuatu , jangan terburu - buru . btw this scene make me wanna T.T

All time ;