"Sudah lupakan semua Segala berubah Dan kita terlupakan, kita terluka Dan aku sifatku, dan aku khilafku Dan aku cintaku, dan aku rinduku Kutanya malam, dapatkah kau lihatnya perbedaan Yang tak terungkapkan Tapi mengapa kau tak berubah Ada apa denganmu Oh... hanya malam dapat meleburkan Segala rasa yang tak terungkapakan Tapi mengapa kau tak berubah Ada apa denganmu.."
Kelmarin kau bilang , tiada apa yang menjauh tentang jarak , tiada apa yang kan terlupa tentang masa.
Semuanya tentang jarak , waktu , masa dan suasana sekeliling.
Sekarang , bilamana kau mendekat dengan aku . Cuba lihat aku , cuba selami dasar hati aku berapa jauh jarak aku lemas ke dalam dasar , berapa mesin waktu tidak akan terlupa semua tentangnya.
Saat ini , aku rasa roda berputar. aku diinjak - injak bila berputar.
Kelmarin kau bilang tentang semuanya. Aku hanya senyumkan meng-iya semuanya. Mungkin terukir jua senyuman aku bila kau bilang itu semua.
Tapi terkadang aku rasa itu semua Temporari , bukan permanen.
Tika karang , malam aku hiba.
Tika esok , siang aku sunyi sahaja.
Bila kelmarin tiada lagi , esok akan datang. Maaf kalau aku bukan "insan" yang biasa kau kenal dahulu , biasa kau bergelak ketawa sama , biasa kau tersenyum bersama .
Senyap , Diam.
Jangan jadi penyiasat kelas atasan menyiasat apa sedang kena pada aku , dan jangan tanya diri kau kenapa aku jadi sebegitu.
Aku tak hilangkan "aku" , aku cuma tertanya - tanya apa erti kebahagiaan kepada kau , apa erti hadir aku dalam setiap hidup kau , dan kenapa aku dibiar mencari "bahagia" sendiri.
Tapi jangan timbulkan sekelumit kerisauan . Hati aku takkan mati. Aku cuma terkadang tiada sedar yang aku seorang pemikir temporari.
Kenapa , aku macam ini , kenapa semua macam ini. ?
Sampai nanti aku berteriak , pecahkan buih - buih memori kehidupan.
Biar bersandar pada pokok yang penuh dengan warna ke-usangan.
Sampai nanti , biar aku sendiri yang usang fikir tentang kelmarin kau bilang.
sekasih (sekian,terima kasih)
No comments:
Post a Comment