Buat masa sekarang ni , biar kan lah aku tenang dahulu . Biarlah aku mencari di mana kurangnya aku untuk aku perbaiki , di mana kelebihan aku untuk aku diamkan.
Aku rasa dan terasa sangat - sangat "hina" sekarang ni , selepas apa yang berlaku. Jelas terpancar ketidakmatangan aku.
Aku rasa kelakar tentangnya , aku rasa jahil tentangnya. Entah lah , lebih elok aku jadi pemikir selepas ini daripada menjadi pembuah mulut yang menembak tak henti - henti. Aku takut aku akan tenggelam dalam lautan yang bayang - bayang aku sendiri cipta.
Bagi aku lepas ni , yang biar biarlah . yang mahu mahukanlah. Diamkan sahaja. Aku mungkin tak suka perubahan ini , tapi aku suka mencari kematangan yang tak pernah aku jumpa selama ini.
Aku pilih untuk senyum daripada menekan , aku pilih untuk berdiam daripada menada tinggi. Cukuplah aku buat diri aku rasa seperti kanak - kanak yang merengek mahukan gula - gula manis.
Aku malu pada diri aku sendiri , aku malu pada mereka yang aku sayangi. Aku malu pada yang ESA.
Banyakkan tersenyum dan mengangguk daripada bercakap. Aku pilih itu sekarang. Jangan kecewa , jangan marah , jangan ada kenapa padanya. Itu aku pilih demi kebaikan orang di sekeliling aku, Aku tak nak ada banyak hati luka sebab aku.
No comments:
Post a Comment