Mungkin pada apa yang tercatit pada sebuah kertas usang.
biasa - biasa sahaja.
Tapi nampak beribu pada yang mampu memahaminya.
Luar biasa baginya.
Tak perlukan beribu helaan nafas untuk setiap penjelasan.
Keluarnya satu - satu.
Saya.
Rindu.
Awak.
Pada tiap halaman "buku" rindu itu.
Kalau bisa aku punyai kuasa ajaib , kalau bisa aku terbang . Pasti aku terbang kepadanya melalui angin malam yang penuh dengan ritma - ritma kerinduan yang tiada terperi ini.
Dingin anginnya. Dingin segalanya.
Aku cuma perlu pejamkan mata , menanti hari - hari seterusnya . Kerana aku tahu tiada aku untuk mempunyai kuasa ajaib.

No comments:
Post a Comment