Sebentar tadi , selepas mandi . Aku diminta Cici untuk masak Nugget Tempura nya . Aku masak kan , Kasihan melihat gelagatnya yang tahan lapar . Meskipun kerap kali dia cakap ,
"Alah kalau tak habis Angah boleh habiskan, kan ? Angah kan tong sampah bergerak ?" , Bila dia cakap begitu , aku hanya mampu tersenyum sahaja, Tersenyum sembunyi segala apa yang aku rasa buat masa sekarang.
Selepas selesai masak , Aku teman dia makan, Aku tuangkan Sos kegemaran nya , Aku lihat dia makan dengan penuh semangat. Aku hanya memerhatikan dia dengan penuh senyuman , Tiada mengapa , aku tak makan pun tak apa , yang penting dia makan. Cik Rose masih Kurang sihat. Jadi aku biarkan sahaja dia tidur.
Selesai sahaja Cici makan , Aku angkat semua pinggan yang kosong, Ternyata dia mampu habiskan semua. Aku pula , masih tercari - cari selera makan aku. Sedangkan jamah satu aku tidak rasa apa - apa , Kenyang tidak , lapar tidak. Satu hari ini , aku hilang kesemuanya , hampir kesemuanya.
Aku susun kembali Sos Cili kegemaran Cici di atas meja, entah kenapa , genggaman tangan aku pada botol sos itu terlepas , aku sedikit pitam. Nasib baik tidak terkena kaki , yang terkena hanya lah tempias percikan Sos Cili . Tapi aku yakin aku masih kuat. Kuat untuk menghadapi ini.
"Angah , nak cici tolong tak?" , aku hanya tersenyum setelah disapa Cici.
YA ALLAH , Kuatkan lah aku dalam menghadapi hari - hari mendatang dengan keadaan begini YA ALLAH..AMIN...
No comments:
Post a Comment