Datangnya Sederhana , tidak meminta , tiada dipinta.
Datangnya Sedikit - sedikit , tidak dirunding , tiada ditinta.
Persoalan tentangnya , bisu - bisu sahaja.
Pencarian tentangnya , kabur - kabur sahaja.
Pemikiran tentangnya , kolot - kolot sahaja.
Penemuan tentangnya , Dilaung - laung bersahaja.
Dahulu , terbiar sahaja. Sehingga usang , rapuh, reput.
isu , isu , isu belaka , makin ditarah bertalu - talu makin bingit meng"alu" bisu.
ya , pasca kedatangan hari sekarang , ianya utuh , berdiri dan terus berjalan.
Biar , yang koyak - koyak itu menjadi memori, kerana sudah lama aku bakar memori itu.
Biarkan , yang misteri itu terus menjadi misteri, kerana yang misteri tetap tidak akan terungkai.
Berhenti sebentar.
Sambung kembali.
Kekalnya segar bagai bunga mekar , seperti empat musim di Eropah.
Putih salju. satu.
Variasi Warna Bunga . dua.
Kuning Mentari . tiga.
Variasi Warna Flora . empat.
Picture Source : http://blogermoore.blogspot.com

No comments:
Post a Comment