Samad : "Eh kau tengok budak tu ?"
Zali : "Ye , kenapa dengan budak tu ?"
Samad : "Eh kelakar gila muka dia, dengan gigi arnab dia tu. eww."
Zali : " Hahaha , memang macam arnab doww , sumpah kelakar , mesti anak orang miskin kan ? selekeh je aku tengok ? "
Zack Budak Berbeg simpang dan bercermin mata itu sedar perbualan antara Samad dan Zali. Dibiarkan sahaja. Bukan sekali , Bukan dua kali. Lebih berkali dia dicaci begitu.
Pernah dalam hatinya terdetik . "kenapa lah aku dilahirkan begini?" , Tapi semangat dan kekuatan yang utuh , dia terus berani untuk berhadapan "dunia".
Bas Berhenti.. , kelihatan seorang Makcik yang "veteran" umurnya. Bas sangat sesak, al-maklumlah waktu kemuncak orang pulang daripada sekolah , jadi tiada langsung tempat duduk.
*BBBUUKKKK* , kedengaran bunyi barang terjatuh. Betul - betul sebelah Samad dan Zali. Bakul yang sebentar tadi dipegang erat oleh Makcik tadi terjatuh. sayur - sayur yang hijau habis bertaburan.
Samad dan Zali hanya memerhatikan Makcik itu mengutip sayur - sayurnya , tanpa sedikit pun rasa simpati mahupun belas kasihan.
dan..
Zack : " Makcik , takpe - takpe. Makcik duduklah tempat saya ya. Biar saya angkatkan semua ini, kesian Makcik"
Makcik : "Terima kasih banyak - banyak nakk.."
Bas Berhenti , Zack pun turun. Kelihatan tersergam indah sebuah banglo yang sangat indah. Dan terdapat tanda nama di hadapan nya.
" Syurga Dato' Ali bersama Isteri dan anak - anak tercinta"
Dato Ali : " Zack , baru balek sekolah ke ?"
Zack : "ye abah , penat lah abah"
..........
Samad dan Zali berpandangan sesama sendiri..
p.s : Hidup ini pinjaman cuma. (:
2 comments:
jangan pandang orang sebelah mata kan, padan muke samad dan zali !
kredit pd my hubby yg suke mengarang cerita pendek tapi bermaksud ! ;)
hehe..bermaksud ke syg? inilah hobi di waktu lapang syg. (:
Post a Comment