Si Mikhail yang daripada tadi puas menatap daing, jadi pelik. Puas si Mikhail tatap muka si Daing , entah apa punca Daing dituduh curang . Nak kata si Daing ni Hensem macam Jarik letoh , tidak sama sekali. Nak kata si Daing ni Jambu macam jambu air si Pelakon korea , lagi lah tidak.
Ni namo nya Jarik Letoh. daripada 30 saat ke marikh.
Puas si Mikhail mengaru - garu kepalanya , hendak sahaja mulutnya dibuka. Menanyakan soalan betalu - talu pada si Daing yang daripada tadi mundar mandir. Tapi dia malas, malas . Mahu tidak mahu, selepas berapa minit mengaru - garu kepala . Mikhail mengalah, dia bertanya jugak pada Daing.
Mikhail : "Daing, kau ini apa pasal ?, mundar mandir macam pak pandir"
*Daing memerhatikan Mikhail dengan muka yang penuh rasa geram dan pelik"
Daing : "Mikhail, aku kan , aku kan. Aku risau !"
Mikhail : "Apa yang kau nak risaukan ni daing?"
Daing : "Kau tengok muka aku.kau tengok ? agak-agak apa aku risau?"
Mikhail : "Ni mesti pasal awek kan ? kan ?"
Daing : "pale hotok mu,lebih kritikal daripada awek"
Mikhail : "Oh, aku lupa kau dah lama sebatang kara"
*Daing memerhatikan Mikhail penoh rasa geram"
Daing : "Kau pernah rasa tak pelempang hikmat yang turun temurun Arwah Atok aku turonkan ?"
Mikhail : "Kalau kau nak bagi aku rasa boleh jugak , Tak pun ke kau yang nak rasa tandukan Hikmat yang Zidane ajar aku, Pening . migrain kepala aku tengok kau mundar mandir."
Daing : "Eh , Garang bebeno kau Mikhail ?"
Mikhail : "Mestilah garang,tengok muka lah"
Diang : "Tengok Muka ? Muka tembok, patotlah."
*Mikhail menyumpah seranah Daing dalam hati*
Mikhail : "Apa masalah kau ni daing ? cuba cerita kat aku ?"
Daing : "Aku malulah nak bagitahu" *sambil tersenyum macam Iklan gigi*
Mikhail : "Kau nak malu dengan aku ?"
Daing : "Mestilah malu Mikhail, aku kan pemalu"
Daing : "Mestilah malu Mikhail, aku kan pemalu"
Mikhail : "Sejak bila kau dengan aku pemalu ni ?" *sambil mata terkebil-kebil*
Daing : "Sebenarnya aku..sebenarnya.."
Mikhail : "Sebenarnya apa ? !" *jerit Mikhail*
kerana si Daing jenis melatah orangnya. Terkeluarlah.
Daing : "AKU SEBENARNYA TAKOT, BAJU , SELUAR JEANS , KASOT JENAMA LELAKI TOP, QUIKPERAK , LABIS JEANS MELEPAS KE TANGAN ORANG LAEN , ALMAKLUMLAH ELAUN KITA TAK MASOK LAGI, NAK-NAK SEKARANG NI TENGAH SALE dekat PAVILION TUH !"
Mikhail melihat Daing , Daing melihat Mikhail dengan senyuman yang macam kerang sedang me"wangi".
Daing : "Maaf ye mikhailll......"
Mikhail : "Setandby ye , karang aku tandok kau macam Zinedine Zidane."
Tutop kisah di atas , nampak kan ? ada mata tak ?
Dewasa ini. (ok skema pemarkahan BM) , Pakaian jenama menjadi pilihan daripada ke atas sampai ke bawah , daripada bawah sampai ke atas.
Kualiti ? Kepuasan ? Menunjuk ? Nak nampak hensem ? (Hensem ke ? kalau muka dah macam ^$^!@#*%! tetap macam !^#!%%@ tidak payah nak perasan Korea ke , Jambu ke ? ok ? , Maaf terlalu sarkastik , cuma aku meluat.) .
Baik , Sekarang aku masok Shopping Mall, Ke hulur hilir, Kenal apa itu maksud Mat "ramp-it" ? , ya mereka pun dah pandai berjenama sekarang , bila aku masuk je kedai LELAKI TOP , aku akan nampak kelibat "mereka" . Ok , tak kesah lah Mereka nak bergaya mahal sikit kan. Cuma korang dengar heh ?
Mat Salleh berkata pada Minah Salleh
Mat Salleh : "Whats wrong with that kid, ? wearing a Ray-ban in a mall ? "
Mungkin kalau rempitters tu paham dia akan cakap .
Rempitters : "Becoh (because) , saya akan nampok lebih cool. sejok.dok gitu ?"
*ok aku meluat orang macam ni*
Ya , aku mengaku , aku jenis berjenama orangnya , cuma aku lihatnya dari sudut kepuasan dan ketahanan lasaknya . Tiada lah beli sekejap dah koyak , repot dan sebagainya.
Ya , memang aku dimanjakan dengan pakai berjenama daripada kecil . Ya , aku rindu Kiko , Kiki Lala , Cheetah , Warner Bros , Disney For kids dan juga Boot timberland Kids yang entah ke mana Cik rose (Mak) campak. Aku sangat - sangat rindu. -.-
Sudah , aku malas menaip banyak , takot terlebih sarkastik.
p.s : Apa fungsi Ray-ban tu ? -.-


No comments:
Post a Comment