Mudah rapuh tiada utuh.
pintu reput hampir tertutup lagi.
Nanti bayang cuba jengah.jangan pernah termengah.
rapuh. ? mungkin tidak.
mudah disembuh ? mungkin mengambil masa lama.
Susun Langkah - langkah Kaki.
Melangkah penuh dengan rasa yakin.
Susun Jari - Jemari Jari.
Sampaikan Bahasa Isyarat Tangan penuh dengan rasa yakin.
cuba ketuk isi hati.
cuba peluk naluri hati.
cuba seluk poket dalam hati.
Apa yang kau dapat ? Merah hati itu pekat atau pucat ?
cuba , cuba , cuba dan lagi.
Berdentuman Pintu itu Tertutup.
Jangan pernah biar ia tertutup.
Tertutup selama - lamanya.
Cari kunci itu , Bukanya perlahan - lahan.
Usah bermain dengan bayang belakangnya.
takut kau akan dipermainkan bayang - bayang.
bayang - bayang yang menakotkan.
mulut kau mungkin akan melopong.
mata kau mungkin akan terbeliak.
telinga kau mungkin akan terpekak.
ah , persetankan yang tiada sengaja.
aku bukan sengaja mengada - adakan sahaja.
langkah keluar dari pintu coklat itu.
jangan duduk lagi di belakangnya.
"Pintu Tertutup , Buka Pintu yang lain , Mungkin Bilik kebahagiaan menanti di sebaliknya. Bukan kamar seksaan seperti minda naif kau bayangkan "

Image Source : christopherbradford
p.s ; Pintu Suka hati doraemon ! (:
No comments:
Post a Comment