angin malam itu kenal awan itu biru.
sepi.
kosong.
ditemani sepoi-sepoi bahasa haru.
angin malam itu tahu awan itu mendung.
gelap.
suram.
digenapi ruang-ruang hiba terkandung.
angin malam itu cam cahaya si bintang.
bergemerlapan.
indah.
berlimpahkan kuning terang.
tetapi.ruang tingkap itu membuka dimensi.
ke mana ?
hati aku tak keruan lagi.
harus ke mana ?
air-air mata jernih mungkin sudah basi.
dimensi si mata mungkin tahu.
arah dituju.
tiada melulu.
ingin sahaja aku menangis bertalu-talu.
tapi tiada aku tergapai.
tiada aku terdaya.
keringat aku sudah sampai.
sampai ke penghujung-NYa.
p.s ; sampai bila ?
No comments:
Post a Comment