09 March 2013

Dan.


Ya Rabbi, Saat ini aku rasa sangat rendah, serendah, rendahnya.

Kala kelam, kala kabut, kala kabus. Aku mula teraba-raba, berkecamuk semua arah ini.

Tak tahu aku, ke mana kelam ini, kabut ini, kabus ini membawa aku.

Aku semakin hilang, Aku semakin gelincir patuh.

Maafkan aku Ya Rabbi.

Dan saat ini, Hilang kan lah segala perasaan yang kurang ideal bagi seorang insan yang bergelar lelaki dalam diri aku.

Demi Kasih, Sayang, Cinta. Aku tidak mahu ada lagi hati yang tersiksa. Disakiti.

DAN, kalau benar lahiriah ini begini. Lenyapkan sahaja aku.

Demi Kasih, Sayang, Cinta. Aku tidak mahu lagi ada Air mata walau setitik daripada orang yang aku sayang.

Insya Allah.


16 February 2013

Tujuh Ratus Tiga puloh hari,


Pernah aku terjatuh.
Kau bangunkan.

Pernah aku terduduk.
Kau bangunkan.

Pernah aku terbangun.
Kau hadir bersama.

Pernah aku tangis.
Kau hiba bersama.

Pernah aku tertawa.
Kau tertawa bersama.

Dua tahun ini. Bersamaan 730 hari.
Banyak sudah aku berkongsi bersama dikau.

Minda ini permanen. 
Kenangan dua tahun ini. Permanen.

Aku mahu bersama dikau. Permanen. Selamanya.

Selamat Ulang Tahun kita yang kedua Guardian angel ku, Siti Norainiza Saeman.


10 February 2013

dua ribu dua/tiga belas


Salam, ini versinya dua ribu tiga belas.

Hubungan bersama Chenta Hati sudah hampir menginjak ke dua tahun, Alhamdulillah.
Karier yang di-idamkan sudah dalam genggaman tangan. Institusi kewangan ternama, Alhamdulillah.
Menanti "Bumble-bee" yang di-idamkan lahir. Sabar menanti. Insya- ALLAH. Alhamdulillah.

Sabarlah menanti hati, yang dipinta itu daripada hati. Penentunya di ATAS sana.

Buku baru. Masih banyak belum aku tempuh. Masih jauh Perjalanan ini.

Luahan hati si Metro ;


Paginya, serba lengkap.
Cermin jadi teman.

Kiranya, aku yang paling sempurna.
Legasi Adam lain bukan tawanan kompetisi ku.

Jika baju kau labelnya "pasar malam"
Adapun aku, tidak memandang sebelah mata.

Sebab aku, labelnya bukan itu.
Tarafnya aku, tinggi mendongak. 
Kalau ludah, tepat ke muka sendiri. Jitu.

Gebu kulitku, ratusan fulus aku pulun.
Nyatanya, biar semua tahu aku hebat.

Aku sempurna.
Aku yang beriya.
Aku yang gila.
Aku yang ..

Yang, lahirnya untuk menghambakan diri pada diri sendiri.
Pada kecantikan.
Aku obses pada timbal balik refleksi cermin yang terpantul tatkala aku menatap diri aku sendiri.

Label-label bahan kimia mampat atau kurang mampat, cecair atau tidak. Sudah menjadi sebati dengan fahaman ku. Itu ensiklopedia bagi aku. 

Jerawat, musuh aku.
Cela, musuh aku.
Bintik hitam, musuh aku.
segalanya yang tidak sempurna musuh aku.

Dengar lah luahan aku.
Dendangan si Metro. Yang Seksual.

p.s : Ah ini yang pertama. haha

Semenjak dua menjak.


Semenjak, dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak, enam menjak.

Memang dah bermenjak-menjak aku tak mengarang dekat sini. Sibuk kira duit. Al-maklumlah. Bukan ada masa sangat sejak berkarier ni. Karier sangat ! heh.

Maaf.

31 October 2012

Kau sorang;


Tatkala ini, bulan kelam meribakan manjanya sang hati yang sayu.
Menzahirkan isi hati, yang nyata sayu.

Kau Sorang yang mampu buat aku sedih.

Sedang ini, bernyanyi-nyanyi sepi hati ini memukul-mukul degupnya jantung.
Laju, ianya terpantas, yang nyata aku sepi.

Kau Sorang yang mampu buat aku hiba.

Tika ini, nafas ku masih berdegup. Tapi sempit rasanya. Sakit.
Ia menceki-cekik aku. Dalam rasanya. Nyata aku amat terasa.

Kau Sorang yang mampu buat aku terasa. 

Akhir rasa ini, kau tahu yang rasa ini tak pernah akan mati. 
Sampai nanti aku mati, senyum aku tetap untuk kau, hati ini tetap untuk kau. Kunci hati ini, kau pegang.

Kau Sorang yang mampu buat aku jadi 'cengeng'.

Hanya Kau Sorang.

Maafkan aku kerana terlalu sayangkan kau. Hanya Kau Sorang.


All time ;