13 April 2013

Malam suram.


Kini berlayaran seorang musafir.
Mencari nur di baris- baris gigi air.

Pada Malam gelap.
Bersama, temanan ombak menyapa-yapa.
Firasat.

Tragis

Arah ini membawa.
Tanpa arah.

Nyatanya aku sesat.
Sesat ini, melemaskan aku.

Pendayung makin rapuh.
Rapuh antara ilusi dan nyata.

Senyap. 
Sebentar.

Sebentar.

Sepertinya, aku hilang pendayung yang sebelah lagi.

Yang biasa temani malam aku.
temani suram aku.

Terus aku tenggelam tanpa kata.
tanpa fikir.

Kini aku null. Kosong.

Bulan pun suram.
Kuningnya bukan warna palette lagi.

Dan aku.
Aku terus termenung.

Sehingga tak terjejak kan awan.
Yang nyata itu ilusi.

Malam ini suram
Suram sangat.


12 April 2013

Rasa Dekat.



p.s : Lagu ni buat aku rasa dekat, dekat sangat pada PenCIPTA di ATAS SANA. :')

Kau tahu bagaimana rasanya ?


Kau tahu bagaimana rasanya tangisi sebuah kekecewaan di malam hari ?
Tanpa kenal erti lena, Berkawan dengan sendu. Syahdu.
Kau tahu bagaimana rasanya ?

Perih.
Jerih.
Pedih.

Kau tahu bagaimana rasanya menangisi sebuah penderitaan bertemankan bantal busuk kau ?
Tanpa kenal erti rasa penat, lelah. Sadis.

Kau tahu bagaimana rasanya ?

Kau takkan rasa, sebab aku takkan biar kau rasa. :)

09 March 2013

Hiatus.


Hiatus. Kompleks bunyinya. Tapi dalam maksudnya. Ya, dalam.

Omputih cakap Taking a break. Ye, aku sedang ingin taking a break. A long one. Yes, Hiatus means a long one. Dan tambahan di belakang a long one adalah to be determined if it will be continued.

Sebelum itu, pesanan akhir. Atau lebih kepada "maafkan" saya.

Maafkan saya, kerana tidak dapat jadi seperti yang awak mahu.
Maafkan saya, kerana saya tidak putus-putus buat awak terasa.
Maafkan saya, kerana saya tak pernah berhenti jadi bebal.
Maafkan saya, hanya kerana saya seorang yang suka cemburu.
Maafkan saya, bukan saya yang berada bersama awak untuk lihat kejayaan awak meraih kemenangan.
Maafkan saya, bukan saya yang pegang, buatkan banner, banting untuk beri semangat pada awak.
Maafkan saya, saya tak mampu sediakan "wardrobe" yang sesuai untuk awak.
Maafkan saya, sebab terlalu sibuk.
Maafkan saya, maafkan saya, saya perlu kuat untuk jalani ini semua.
Maafkan saya , kerana saya tak mampu jadi kuat semasa menaip ini. Cengeng mungkin.

Sebelum noktah dititik. Saya bangga dengan awak. Saya gembira lihat awak gembira, Saya tersenyum lihat awak tersenyum, saya seronok lihat awak seronok. Walau hanya daripada jauh. ;-)




"Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty.."

Hiatus. Noktah

Tempias.


Along nak naik pelamin. Aku pulak yang nebes. Tahnniah Along. Proud of you. :)



Gambar Maybi ni takde kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah 'tiada', Mahupun urusan Perkahwinan along aku nanti. Masih belum hilang semangat aku untuk memiliki satu ini. insya ALLAH. :)

Rhythm dan Gitar.


Beralunan gemersik, satu - persatu tali halus gitar dibelai penuh rasa asyik.
Iramanya penuh bersatu padu, padat dengan segala kenangan melankolik.

Dengung nya, menginzalkan telinga yang mendengar. Pegun.

Mangli sudah angin yang kerap ulang alik. Curi - curi dengar bunyi dengung.

Namun yang tinggal sekarang hanya kord - kord di dalam satu kertas usang.
Tertulis...

Aku rindukan Rhythm yang pernah string-string halus getarkan.

Yang Benar,
Gitar.


Nota Kaki : saja aku pilih lagu hazama yang satu ini. Suka aku akan konsep Noir nya.

Dan.


Ya Rabbi, Saat ini aku rasa sangat rendah, serendah, rendahnya.

Kala kelam, kala kabut, kala kabus. Aku mula teraba-raba, berkecamuk semua arah ini.

Tak tahu aku, ke mana kelam ini, kabut ini, kabus ini membawa aku.

Aku semakin hilang, Aku semakin gelincir patuh.

Maafkan aku Ya Rabbi.

Dan saat ini, Hilang kan lah segala perasaan yang kurang ideal bagi seorang insan yang bergelar lelaki dalam diri aku.

Demi Kasih, Sayang, Cinta. Aku tidak mahu ada lagi hati yang tersiksa. Disakiti.

DAN, kalau benar lahiriah ini begini. Lenyapkan sahaja aku.

Demi Kasih, Sayang, Cinta. Aku tidak mahu lagi ada Air mata walau setitik daripada orang yang aku sayang.

Insya Allah.


16 February 2013

Tujuh Ratus Tiga puloh hari,


Pernah aku terjatuh.
Kau bangunkan.

Pernah aku terduduk.
Kau bangunkan.

Pernah aku terbangun.
Kau hadir bersama.

Pernah aku tangis.
Kau hiba bersama.

Pernah aku tertawa.
Kau tertawa bersama.

Dua tahun ini. Bersamaan 730 hari.
Banyak sudah aku berkongsi bersama dikau.

Minda ini permanen. 
Kenangan dua tahun ini. Permanen.

Aku mahu bersama dikau. Permanen. Selamanya.

Selamat Ulang Tahun kita yang kedua Guardian angel ku, Siti Norainiza Saeman.


10 February 2013

dua ribu dua/tiga belas


Salam, ini versinya dua ribu tiga belas.

Hubungan bersama Chenta Hati sudah hampir menginjak ke dua tahun, Alhamdulillah.
Karier yang di-idamkan sudah dalam genggaman tangan. Institusi kewangan ternama, Alhamdulillah.
Menanti "Bumble-bee" yang di-idamkan lahir. Sabar menanti. Insya- ALLAH. Alhamdulillah.

Sabarlah menanti hati, yang dipinta itu daripada hati. Penentunya di ATAS sana.

Buku baru. Masih banyak belum aku tempuh. Masih jauh Perjalanan ini.

Luahan hati si Metro ;


Paginya, serba lengkap.
Cermin jadi teman.

Kiranya, aku yang paling sempurna.
Legasi Adam lain bukan tawanan kompetisi ku.

Jika baju kau labelnya "pasar malam"
Adapun aku, tidak memandang sebelah mata.

Sebab aku, labelnya bukan itu.
Tarafnya aku, tinggi mendongak. 
Kalau ludah, tepat ke muka sendiri. Jitu.

Gebu kulitku, ratusan fulus aku pulun.
Nyatanya, biar semua tahu aku hebat.

Aku sempurna.
Aku yang beriya.
Aku yang gila.
Aku yang ..

Yang, lahirnya untuk menghambakan diri pada diri sendiri.
Pada kecantikan.
Aku obses pada timbal balik refleksi cermin yang terpantul tatkala aku menatap diri aku sendiri.

Label-label bahan kimia mampat atau kurang mampat, cecair atau tidak. Sudah menjadi sebati dengan fahaman ku. Itu ensiklopedia bagi aku. 

Jerawat, musuh aku.
Cela, musuh aku.
Bintik hitam, musuh aku.
segalanya yang tidak sempurna musuh aku.

Dengar lah luahan aku.
Dendangan si Metro. Yang Seksual.

p.s : Ah ini yang pertama. haha

Semenjak dua menjak.


Semenjak, dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak, enam menjak.

Memang dah bermenjak-menjak aku tak mengarang dekat sini. Sibuk kira duit. Al-maklumlah. Bukan ada masa sangat sejak berkarier ni. Karier sangat ! heh.

Maaf.

31 October 2012

Kau sorang;


Tatkala ini, bulan kelam meribakan manjanya sang hati yang sayu.
Menzahirkan isi hati, yang nyata sayu.

Kau Sorang yang mampu buat aku sedih.

Sedang ini, bernyanyi-nyanyi sepi hati ini memukul-mukul degupnya jantung.
Laju, ianya terpantas, yang nyata aku sepi.

Kau Sorang yang mampu buat aku hiba.

Tika ini, nafas ku masih berdegup. Tapi sempit rasanya. Sakit.
Ia menceki-cekik aku. Dalam rasanya. Nyata aku amat terasa.

Kau Sorang yang mampu buat aku terasa. 

Akhir rasa ini, kau tahu yang rasa ini tak pernah akan mati. 
Sampai nanti aku mati, senyum aku tetap untuk kau, hati ini tetap untuk kau. Kunci hati ini, kau pegang.

Kau Sorang yang mampu buat aku jadi 'cengeng'.

Hanya Kau Sorang.

Maafkan aku kerana terlalu sayangkan kau. Hanya Kau Sorang.


12 May 2012

Tanpa dirimu, asa ku mati.


Selangkah.
Demi selangkah.
Segala segi visual terimbas di kepala aku pangkah.
bagi mengagahkan langkah.

Selangkah.
Demi selangkah.
Dibuai imbuhan-imbuhan yang tahu nya mahu marah.
marah pada salah.

salah pada marah.
sampaikan tak tahu akarnya pucuk amarah.

hilang semuanya.
rasa yang diperikan.
deria yang terkabulkan

terus sahaja..

sekeliling rasa kosong.
ruang infiniti galak mengintai cela.
cela-cela yang yang terbisa.

Mematuk-matuk, mengeji-geji peradaban diri.
sedihnya. ahh sayu sekali.

selangkah kini.
berada di hadapan seorang.
seorang itu buat aku rasa "tanpa dirimu, asa ku mati"

Ya, mati dan kosong.
membohong bohong, tidak aku jujur.

padanya cuma rindu ini berlegar.
di sekelilingnya. di sekitarnya

Aku sayang dia.

25 April 2012

22 April 2012

lima lima sifar D


Lambat atau cepat, aku pasti akan dapatkan. InsyaALLAH.

20 April 2012

Resah gelisah.


Makin lama, makin aku dihiruk dan pikuk oleh resah mahupun gelisah. Hari-hari ada sahaja berita gembira tentang sahabat handai yang dapat peluang kerja bagai, dan antara mereka dah bekerja dengan jayanya. 

Ada yang sambung belajar dengan jayanya.

Aku tak cemburu, malah lagi gembira untuk mereka. Serius aku gembira sebab mereka dah maju setapak dan ada yang dah bertapak-tapak maju dalam hidup mereka. 

Aku masih belum mulakan langkah walau setapak.

Sedangkan aku ? Masih disini. Nak kata malas, sana-sini aku dah cuba. Serius aku dah makin rasa terhimpit oleh masa. 

Tapi takde lah sampai nak membunuh diri sendiri. Itu kejam namanya, dan itu namanya tak bersyukur.

Aku takkan berputus asa. walau asa itu hampir putus.

Ya Allah, permudahkanlah semua urusan hambu mu ni Ya Allah. Amin..

Cermin itu.

Salam.

Tadi kebetulan aku pergi depan cermin dekat atas meja aku. Takdelah besar sangat cermin tu. Tambahan dah patah cermin tu. Saiznya sebesar dan sekecil alam. Faham ? jadi aku tak dapat anggarkan saiznya.

Aku perhatikan diri aku atas bawah perlahan-lahan. Padahal aku memang takkan nampak atas ke bawah, bawah dan ke atas. Sebab saiz cermin aku tu terlalu "besar".

Suara fantom datang berbisik-bisik. Metafora berkait-kait lekit. Lekitkan telinga aku dengan suara-suara sumbang. Aku tumpas dengan suara sumbang itu, lalu berkata aku dalam sudut hati.

Bila aku nak menangis , aku rasa diri aku akan menangis.
Bila aku nak tersenyum . aku rasa diri aku akan tersenyum.
Bila aku rasa pahit , aku pergi peti ais amek kopi dan minum.
Bila aku rasa manis , aku pergi geledah gobok dekat dapur aku telan gula.

Bila rasa rindu. Otak aku rasa kosong, yang ada cuma dia. Ahhhh. Aku tak boleh tipu diri aku. Lagipun aku tak suka menipu. sunat pun belum tentu. Jadi benar aku rindu dia. Cuma entah, adakah dia rindu aku seperti aku rindu dia ? 

haa , kan dah keluar ayat sembilu filem Awie tu. Kental manapun hati seorang jate, ada lembutnya di satu sudut. Percayalah kata aku. 

Bagi teman perempuan yang sering cakap pakwe mereka jiwang. Elakkan daripada terus cakap begitu. Risau pakwe anda tak mampu jadi Awie lagi lepas tu. Lepas tu korang akan rasa yang hidup korang akan tiada warna tanpa jiwang pakwe korang. Eh, aku guna korang.? hahaha. -.-

05 April 2012

Invasi dan tak disangka. (FIXI Novel)



Sedang aku membelek-belek page 9gag.com. Aku tak sedar yang Nama aku ditabalkan sebagai pemenang Cipta Slogan bagi Kontes INVASI sebuah novel Raja Faisal, Hadiahnya berupakan novel keluaran khas yang bertanda tangankan Penulis itu sendiri iaitu Raja Faisal.


Ini Gambar Penulis, iaitu Raja Faisal aka Papa King's (Penuntut dalam Jurusan bidang perubatan) yang sempat aku curi daripada Page Fixi, Mohon Izin Share Gambar penulis ini ye Fixi dan juga Penulis. Bulat dan comel orangnya. hehehe. (:

Terima Kasih buat para Panel juri , Penulis sendiri Raja Faisal dan juga warga Fixi. Setinggi Terima Kasih saya ucapkan dengan hadiah yang sangat "rare" ini. (:

Seriously dan sejujurnya aku tak sangka, Masuk suka-suka dengan slogan sambungan slogan "Saya percaya alien wujud kerana...daripada kecil saya disogokkan dengan filem E.T, Alien naik basikal terbang. dan hasilnya.


p.s : Kalau tidak kerana Chenta Hati, aku mungkin tidak mampu fikir dan buahkan idea se"kritis" dan setidak masuk akal begini. Terima Kasih Chenta Hati. Perang dunia ke-berapa pun meletus, saya tetap sayang awak. (:

Wherever you will go. ;)



Yang tengah-tengah tu captain dia, sebab dia kecik kemetot. hahaha.

So lately, I've been wondering
Who will be there to take my place
When I'm gone, you'll need love
To light the shadows on your face

If a great wave should fall
It would fall upon us all
And between the sand and stone
Could you make it on your own

If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go

And maybe, I'll find out
The way to make it back someday
To watch you, to guide you
Through the darkest of your days

If a great wave should fall
It would fall upon us all
Well I hope there's someone out there
Who can bring me back to you

Runaway with my heart
Runaway with my hope
Runaway with my love

I know now, just quite how
My life and love might still go on
In your heart and your mind
I'll stay with you for all of time

If I could turn back time
I'll go wherever you will go
If I could make you mine
I'll go wherever you will go 

p.s : I Guess everything's too late. :)

Patung itu, Abah dan erti kesetiaan. (Kispen)



*Pohon jangan dibaca semasa anda sedang hiba mahupun sedih, dan jangan lupakan sediakan tisu.

Kelibat Seorang warga emas kelihatan duduk bersandarkan kerusi yang usang, seperti usang dirinya yang menanti hari-hari sepi.

Di matanya timbul penuh seribu satu persoalan yang takkan mungkin terjawab dengan mata kasar, mahupun mata halus sekalipun. Terkadang dia dilihat tersenyum. Terkadang dia dilihat Termenung jauh, jauh sampaikan tak terkira jarak jauhnya itu.

All time ;