11 September 2012

Cetek akal.


Sebentar tadi, baru aku terbaca tentang status di mukabuku. Bunyinya seperti ini.

" Perempuan yang layan ramai lelaki tu tak semestinya gatal, mungkin mereka sekepala bla, bla, bla, bla.. "

Ayat tu buat aku terfikir sampai tembus langit ketujuh. Pabila dikontrakan ayat di atas. Apa perasaan wanita iaitu spesifiknya kaum hawa ?

" Lelaki yang layan ramai perempuan tak semestinya gatal, mungkin mereka sekepala bla, bla, bla, bla.. "

Macam mana perginya ? agaknya sama tak rasa di mana rasa lelaki jikalau perempuan cakap begitu ?

Anda tak merasa ke diri anda begitu 'murah' dan seperti tiada harga bila keluarkan status begitu wahai kaum hawa ? tidak kah anda ?

Pernahkah anda tahu, batas pergaulan di antara kaum hawa dan kaum adam ? melayan itu bunyinya sangat provokatif wahai puan-puan, kaum hawa sekalian. Ye, mungkin dipersetankan sahaja apa ceramah aku ini, sebab sekarang terlalu moden dan urban. Pergaulan itu sebelah mata sahaja, atau sudah buta.

teringat aku akan ucapan maut seorang UAI (Ustaz Azhar Idrus)

" PEREMPUAN YANG MELAYAN RAMAI LELAKI, TIDAK LAYAK DIJADIKAN ISTERI.."

Jadi bagi sesiapa yang berkenaan, dan setuju dengan statement di awal perenggan tadi, maka terjawablah sudah kenapa kaum perempuan di Malaysia ramai yang ANDARTU, hanya kerana terlalu kerap membiarkan Teman Lelaki, Tunang atau bakal suami mereka berkecil hati, makan hati hanya kerana terlalu mudah memperluaskan pergaulan tanpa batasan, tanpa memikirkan apa perasaan pasangan mereka.

sedih kan realiti yang nyata ini ?

Kaum hawa, hargailah apa yang anda ada sekarang, kerana nisbah lelaki di dunia atau di Malaysia ini tidak banyak. suam-suam kuku sahaja. Apatah lagi yang jenis berprinsip 'SETIA'. Dua ratus nisbah satu.

p.s : Tidak hairan lah jika nisbah perempuan curang di Malaysia menduduki tangga ketiga dunia. DUNIA. Ye, DUNIA. Bukan Asia, Tapi D.U.N.I.A.

No comments:

All time ;