05 April 2012

Kenapa mesti ada "pihak" ketiga.




Dalam dunia ni, ada seribu satu perasaan. Belahan antara senyuman terdapat bawahan kategorinya, senyuman yang bermacam. Sedih pun ada yang bermacam. Seperti juga gembira dan tangis. Letaknya dalam kategori yang tersendiri.

Pernah kau lihat orang yang tersenyum tapi dalam hatinya tidak tersenyum ?

Pernah kau lihat orang yang bersedih tapi dalam hatinya tidak langsung bersedih ?

Pernah kau lihat orang yang gembira tapi dalam hatinya tidak menyatakan gembira  ?

Pernah kau lihat orang yang menangis tapi dalam dirinya, dia tidak menangis. ?

Pernah ?

Di situ letaknya perantara atau orang panggil orang tengah atau third party. Maksud aku, bukan orang ketiga. Tapi unsur ketiga yang berada di tengah-tengah.

Kenapa orang yang tersenyum tapi dalam hatinya tidak langsung tersenyum ? . Kerana terletak kesabaran dan kekuatan di antara senyuman yang terukir di luar tapi tidak dalam. 

Senyuman luar, kesabaran dan kekuatan dan akhirnya sampai pada hati yang mencerna keadaan supaya terus tersenyum.

dan pada situasi yang seterusnya. Aku anggap pasti ada third party bilamana itu semua terjadi.

Sepertimana jugak, kalau lapar apa kau buat ? pasti makan kan ? lepas tu penyudahnya kau kenyang. Ada yang lapar tapi tidak makan ? aku pasti itu ada third party nya. Tahu apa.

"Ahh, aku diet. Aku tak mahu makan." .

Lihat kan ? Lapar dan kau makan , dan lapar kau tak mahu makan kau diet. Ada beda nya. Cuba kira berapa subject penting yang ada dalam kau tak mahu makan dan kau lapar kau makan ?



Dan aku sedih bila terbaca satu artikel yang menyatakan, seorang ibu sanggup tidak menyatakan lapar pada anaknya, Walhal dia berhempas pulas melawan Kelaparannya. Sehingga dia hembuskan nafas terakhir dia. Kisah benar ini aku baca di satu artikel , dan ianya berlaku di Benua Afrika.

Jadi aku terfikir ,

Pernah kah anda berfikir kenapa ada pihak ketiga dalam anda membuat keputusan dan sebagainya ?

Jadi di dalam kes Ibu yang sanggup menahan lapar ini demi anaknya , satu sahaja bermain difikiran aku kenapa pihak ketiga muncul dalam fikiran ibu ini.

"Anak, nyawa kau lagi penting daripada aku. Aku tidak makan pun tak mengapa, Anggap lah sahaja aku tidak pernah lapar walaupun hakikatnya aku lapar." Mungkin ini getus hati kecil si ibu.

Aku merasa sangat sayu dan hiba.

Jadi mungkin terjawab segala apa persoalan seperti.

Kalau kau haus kenapa kau tidak minum ?

Kalau kau lapar kenapa tidak kau makan ?

Kalau kau gembira mengapa tidak kau tersenyum ?

Kalau kau bersedih kenapa tidak kau menangis ?

Kalau kau takut akan kematian kenapa kau menangguhkan segala perintah dan suruhan ALLAH pada kau?

Fikir-fikirkan, dan renung-renung kan lah. dan aku terfikir kenapa anak kecil di Afrika sana masih mampu tersenyum walau tahu hidup mereka sangat daif dan serba kekurangan. 

Bagi mereka, Senyuman itu pengubat segalanya bagi kesengsaraan mereka. Mereka seperti berbisik, "Senyumlah selagi hayat di kandung badan, masalah bukan alasan untuk tidak sentiasa tersenyum"



"Hold Me
Like The River Jordan
And I Will Then Say To Thee
You Are My Friend

Carry Me

Like You Are My Brother
Love Me Like A Mother
Will You Be There?

Weary

Tell Me Will You Hold Me
When Wrong, Will You Scold Me
When Lost Will You Find Me?"

Ini ungkapan lirik Daripada lagu mendiang Michael Jackson "Will You Be There", dan buat aku merasa sayu sangat pabila teringatkan kisah David Beckham melawat Afrika sebagai Duta Unicef. Ada seorang budak bertanyakan pada dia ?


*Child : "Mr.Beckham , would you be my friend ? would you be my father ? Would you be with me and play with me. I Feel so Lonely." 

*(Selepas diterjemahkan melalui penceritaan David Beckham sendiri)

Tahu apa reaksi Beckham Selepas itu ? dia menitikkan air mata dan terus memeluk erat budak yang bertanyakan soalan itu pada dia.

Bukan Beckham sahaja, hati aku turut sama hiba mendengar soalan dan melihat reaksi Beckham pada soalan yang diajukan padanya. Maaf kalau terjauh sasar cerita di atas dengan tajuk.

p.s : Pihak ketiga yang paling harus dijauhi adalah Bisikan kecil Iblis.

No comments:

All time ;