16 February 2012

Satu.



Entri ini ditujukan khas buat Chenta Hati yang jauh di sana. Tapi dekat di hati. Rasa macam satu meter sahaja dekatnya.

Dulu , saya terbawa - bawa awak dalam mimpi bilamana lepas tengok gambar atau wajah awak . Berangan memiliki awak. Tetapi sekarang saya anggap itu semua dulu.

Sekarang saya bersyukur sangat kerana awak benar-benar hadir dalam hidup saya, bukan mimpi atau ngigau lagi. 

Sekarang saya sudah memiliki awak dalam hidup saya. Awak anugerah terindah yang ESA berikan pada saya.

Bagi saya, pakej awak lengkap, sangat lengkap. Sampai tiap-tiap hari saya berbisik pada hati "Beruntung saya miliki awak".

Dalam kesempatan ini , Selamat Ulang tahun perkasihan kita yang pertama Chenta Hati. Jauh mana awak , awak tetap dekat dengan saya.

Bangun kita.
Jatuh kita.
Senyum kita.
kecewa kita.
tawa kita.
tangis kita.

Telah saya buku kan dan catatkan pada hati saya ini. Tiga Ratus Enam Puluh Lima Hari yang sungguh bermakna bersama awak. 

Saya sedang menyediakan lembaran untuk Tiga Ratus Enam Puluh Lima Hari yang seterusnya dan terus - terusnya tanpa henti.

Saya cinta awak Chenta. Cinta tahap maksimum.

p.s : Alhamdulillah , Setahun sudah. Terima Kasih Ya-Rabbi. (:

1 comment:

C Zakura's said...

alhamdulillah sayang ;) saya bahagia dengan awak ! bahagia sangat2 ! banyak yg kite dah lalui bersama, saat duka bersam, saat suka bersama, saya nak bersama selama-lamanya dengan awak ! dan hanya awak MOHAMAD KHAIROOL NIZAM BIN ABD AZIZ ;") i love u so much !

All time ;