02 November 2011

Semalam.



Semalam , lama aku tunggu.
Tiada khidmat pesanan ringkas yang masuk.
Tiada panggilan yang masuk.

Balas dia cuma tak sempat.

Terus aku tersenyum.
Aku tak nak melutot-merayu mintak simpati.
puas aku jadi macam budak kecil mintak lolipop.
Sumbat pada mulut.

Kau terus sibuk , dan sibuk dan sibuk.

Aku terus tunggu , tunggu dan tunggu.

Sedar tak sedar , aku sedang lukiskan mimpi - mimpi aku.
Seminit sebelum tu. Termenung lama aku.

Siapa aku ? orang terakhir kah di dalam minda nya untuk diingati ?

Lima minit sebelum aku berperang bersama mimpi.
Aku hantarkan luahan - luahan hati aku pada yang di ATAS sana.

"Yang ESA , jangan sesekali jauhkan dia daripada hati aku , walau apapun yang aku rasa, aku mohon."

p.s : pusing - pusing lagu Bila rasa ku ini rasa mu. cocok dengan mood sekarang.

No comments:

All time ;