01 November 2011

"Mak , Apa itu lope ?."




Saja aku biar memori - memori masa kecil lagi hingusan datang bermain - main dalam minda besar bangka aku ni. Teringat zaman di mana aku menjadi seorang "Professor" Ingin tahu.

"Mak kenapa orang potong bawang dia nanges ?"

"Mak kenapa budak tu bawak basikal ada tiga roda kat belakang?"

"Mak kenapa  orang kena sunat?"

Mak kenapa , kenapa dan kenapa. dan terus..

Sampai satu masa , aku terlalu curious untuk tahu satu benda ni , aku perlahan - lahan hampiri Cik Rose di dapur.



"Mak , kenapa orang dekat tibi tu selalu je cakap aku cinta kau , saya cinta awak? I Lope You ? , cinta tu apa mak ?"

"Cinta tu macam  , Mak dengan Abah sayang. Sentiasa dekat je. Macam mak sayang adik jugak , itu cinta , cinta jugak , ada macam - macam cinta. Contoh cinta kepada orang yang kita sayang , cinta kepada keluarga kita , alam sekitar , haiwan dan paling penting Cinta pada yang SATU."

Aku masih ingat tu semua sampai sekarang , walaupun tika dan saat itu , masa dan sekeliling aku rasa terberhenti sebentar kerana cuba menafsir dan mengejar satu persatu ayat yang disampaikan Cik Rose.

Sampai terlopong. Tak tipu punya.

Tapi akhirnya hari ini aku tersenyum . Aku sudah belajar daripada ayat Cik Rose atau bonda kesayangan yang keluar sebutir - sebutir daripada mulutnya. dan aku sudah belajar daripada "semua"nya tentang cinta. Tentang indahnya cinta. Tentang sakitnya cinta.

Tika ini , Yang ESA , mampukah aku sayang Chenta hati seperti Mak sayang Abah. ? hanya ENGKAU penguat untuk aku lalui "semua"nya.

p.s : aku pun tak tahu arah tuju blog aku ni. merapu macam kerapu. hahaha.

No comments:

All time ;