13 November 2011

Kata kau , tiada apa perlu dicemburu tentang aku.


Itu kata kau , ya satu hari nanti pasti kau akan dapat cari apa yang kau akan cemburu tentang aku.

Mungkin tika tajuk entry di atas aku lintaskan dalam kepala aku. iannya tentang.

Wajah aku yang kurang simmetrical. Seperti orang kebanyakan , oleh itu kau tidak perlu merasa cemburu tentang aku sebab tiada siapa pun yang akan ushar atau ngorat aku bila keluar , bukan macam kau.

Pendidikan aku yang cuma suam - suam sahaja , tidak macam kau dan kawan - kawan kau yang lain , masih terus berlari mengejar menara gading untuk kehidupan akan datang. Sedangkan aku tidak. oleh itu kau tidak perlu merasa cemburu tentang aku.

Tiada apa - apa kelebihan pada aku , tidak seperti yang "lain"  , oleh itu kau tidak perlu merasa cemburu langsung tentang aku.

Tapi , akan aku buktikan satu hari nanti , dan akan aku kenalkan pada kau apa itu erti "cemburu". Aku janji.

Bila fikir semua tentang ini , satu sahaja yang mampu buat aku kuat dan rasa semuanya seperti tidak ada apa - apa. 


"Janganlah kau bersedih..coz everything’s gonna be OKAY.."

p.s : Susah kalau dapat yang jenis centre of attraction (COA) , Mesra alam (eco-friendly) dan dot dot dot . makan hati berulamkan jantung. Sabar je lah. (:

No comments:

All time ;